Halal consultant memang merupakan satu jalan penyelesaian yang mudah bagi membuat permohonan sijil halal JAKIM. Ini adalah kerana semua perkara termasuk isu teknikal, ilmu, pengalaman, dokumen, audit dan latihan semuanya di uruskan oleh Halal consultant.
Akan tetapi perlu juga semak keadaan dan kapasiti perniagaan kita adakah melantik Halal Consultant merupakan satu-satunya penyelesaian kepada permohonan pensijilan halal?
Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pilihan lain sekiranya ingin mendapatkan pensijilan halal seperti membuat permohonan halal sendiri dan juga mendapatkan khidmat Halal Coach.
Halal Consultant
Apa yang di maksudkan dengan Halal Consultant?
Halal Consultant atau turut juga dikenali sebagai konsultan halal dan perunding halal merupakan individu yang membantu syarikat mendapatkan pensijilan halal Malaysia (JAKIM). Tugasnya termasuk menganalisa kesesuaian dan masalah yang terdapat pada syarikat tersebut yang menghalang syarikat tersebut untuk mendapatkan pensijilan halal.
Halal Consultant mempunyai pengalaman, kredibiliti, kompeten dan arif dalam subjek halal tersebut yang menyebabkan ia di lantik untuk menguruskan permohonan halal syarikat. Kebiasaannya untuk menyelesaikan ‘Masalah’ yang mana syarikat tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Halal Consultant Berdaftar MIHA
AMARAN! – Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat Halal Consultant, pastikan anda membuat semakan latar belakang terlebih dahulu kerena telah banyak laporan yang di terima yang mengatakan Halal Consultant membawa lari wang deposit.
Sebagai langkah selamat, boleh mulakan dengan mencari Halal Consultant yang berdaftar sebagai rakan strategi Malaysia International Halal Academy (MIHA) yang di tubuhkan oleh JAKIM sendiri.
Ini lah satu-satunya badan yang berdaftar dan di iktiraf JAKIM untuk membangunkan kapasiti halal negara dan luar negara dalam membimbing syarikat dalam mendapatkan pensijilan halal Malaysia (JAKIM).
Kami adalah salah satu rakan strategi yang berdaftar dengan MIHA melalui syarikat Al Barakah Training Solution Sdn Bhd. Ini adalah rumusan perkhidmatan Halal Consultant kami.
Halal Coach
Isitilah Halal Coach sebenarnya sangat jarang digunakan tetapi ia sebenarnya banyak di amalkan di dalam industri tetapi orang tetap memanggilnya dengan Halal Consultant. Skop Halal Coach ini sebenarnya lebih ringan iaitu membantu Team syarikat dalam membuat permohonan halal.
Ia lebih kepada membimbing “Team Internal” syarikat dalam membuat permohonan halal, memantau progres permohonan berdasarkan garis masa (Timeline) selain memberi nasihat dan saranan dalan skop halal.
Disebabkan skop yang lebih ringan berbanding Halal Consultant, kebiasaanya fi yang dikenakan oleh Halal coach adalah lebih murah berbanding Halal Consultant.
Sebenarnya untuk jangkamasa yang panjang, mendapatkan khidmat Halal Coach adalah lebih ekonomi kerena apabila Team syarikat sudah tahu menguruskan permohonan halal sendiri, apabila tiba masa untuk membuat pembaharuan halal, “Team Internal” boleh uruskan sendiri kerena telah di bimbing oleh Coach Halal sebelum itu.
Berbanding dengan Halal Consultant, apabila tiba waktu pembaharuan lazimnya Team Internal akan menghadapi masalah kerana tidak tahu membuat permohonan halal dan akhirnya perlu mendapatkan khidmat Halal Consultant lagi.
Tambahan lagi, JAKIM sendiri lebih menyukai permohonan yang di bimbing oleh Halal Coach berbanding Halal Consultant atas faktor “Team Internal” yang melepaskan kerja-kerja permohonan halal 100% kepada Halal Consultant.
Mohon Sendiri Sijil Halal
Membuat permohonan halal sendiri adalah pilihan yang paling ekonomi, paling praktikal dan yang paling di sukai oleh Bahagian Pengurusan Halal JAKIM. Badan autoriti memang selalu memperomosikan untuk pemohon membuat permohonan sendiri tanpa mendapatkan khidmat Halal Consultant dan Halal Coach.
Akan tetapi, hakikatnya ia bukan merupakan satu proses yang mudah tambahan lagi selepas adanya kemaskini yang terbaru Manual Prosedur Permohonan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) yang merupakan ‘Major Update’ dan banyak syarat-syarat dan peraturan diperkenalkan.
Sebab itu kami di jommohonhalal.com menulis Halal Mastery Digital eBook sebagai panduan kepada individu yang ingin memohon pensijilan halal sendiri. Ia bertindak sebagai ‘Blueprint’ kepada syarikat IKS (Makanan) untuk membuat permohonan halal sendiri.
Sungguhpun kandungannya jauh dari mengambil khidmat Halal Coach mahupun Halal Consultant, namun ia di jamin lebih bermanfaat dari:
- Menghadiri Bengkel permohonan halal selama 2 hari
- Seminar anjuran mana-mana pihak berwajib tentang prosedur dan tatacara permohonan halal
- Kursus mohon pensijilan halal anjuran mana-mana agensi
Sebab apa kami berani membuat jaminan ini?
Kerana kami telah berada di dalam industri ini sejak 2009 dan telah menganalisa dan mengenalpasti di manakah jurang yang terdapat dalam sistem dan industri halal kita dan cuba sikit demi sedikit untuk merapatkan jurang tersebut dengan kapasiti dan kepampuan yang ada.
Satu-satunya ciri yang penting kenapa produk ini WAJIB di perolehi oleh individu yang ingin membuat permohonan pensijilan halal sendiri adalah kerana:
- Ia sangat-sangat murah berbanding melantik Halal Coach mahupun Halal Consultant bahkan lebih murah berbanding bengkel 2 hari yang mengajar cara meohon halal.
- Pembelian hanya 1 kali sahaja tetapi sebarang ‘Update’ / kemaskini, pelanggan akan perolehinya secara PERCUMA
- Terdapat 3 bonus yang diberikan bersama pembelian ini di mana ia akan di keluarkan dari tawaran pada bila-bila masa.
- Harga juga akan dinaikkan di masa akan datang apabila “Update” di laksanakan menjadi V.4.
“Matrix” Memohon Pensijilan Halal
Kami mudahkan anda membuat keputusan samada ingin membuat permohonan halal sendiri atau mendapatkan khidmat Halal Coach mahhupun Halal Cosnultant. Matrix di bawah ini menunjukkan senario usahawan dan juga apa opsyen yang disarankan.
Kriteria Pemohon | Mohon Sendiri | Halal Coaching | Halal Consultant |
---|---|---|---|
– Tiada bajet atau bajet minima – Mempunyai masa untuk menguruskan permohonan – Tidak mempunyai kakitangan yang boleh membantu menguruskan permohonan | ✔️ Pilihan paling ideal adalah dengan membuat permohonan halal sendiri | ❌ Tidak disarankan kerana ia melibatkan kos juga dan perlu ada kakitangan yang akan terlibat dalam proses Coaching | ❌ Tidak disarankan kerana ia melibatkan kos yang mebih berbanding coaching |
– Mempunyai bajet yang mencukupi – Ada masa untuk menguruskan permohonan – Mempunyai kakitangan (minima 1 orang) untuk bantu menguruskan permohonan | ✔️ Boleh memilih untuk menguruskan permohonan sendiri | ✔️ Pilihan paling ideal dari segi kos dan praktikal. tetapi perlu juga ada komitmen untuk menguruskan permohonan halal sendiri memandangkan tugas seorang Halal Coach adalah membimbing pemohon mendapatkan halal tetapi tidak menguruskan dokumen syarikat. | ❌ Tidak disarankan kerana ia melibatkan kos yang mebih berbanding coaching |
– Mempunyai bajet yang mencukupi – Tiada masa untuk menguruskan permohonan – Mempunyai kakitangan (minima 1 orang) untuk bantu menguruskan permohonan tetapi juga sibuk dengan kerja hakiki. | ❌ Tidak disarankan kerana memohon permohonan halal sendiri memerlukan masa yang banyak kerana perlu di uruskan sendiri dan juga proses belajar | ✔️ Boleh memilih untuk coaching tetapi perlu juga ada komitmen untuk menguruskan permohonan halal sendiri memandangkan tugas seorang Halal Coach adalah membimbing pemohon mendapatkan halal tetapi tidak menguruskan dokumen syarikat. | ✔️ Pilihan paling ideal dari segi praktikal dan masa. Consultant akan menguruskan sebahagian besar permohonan. |
RAHSIA: Sungguhpun kriteria pemohon yang pertama tidak disarankan untuk mendapatkan khidmat Halal Consultant, namun ada caranya untuk mendapatkan khidmat tersebut dengan bantuan geran. Geran pensijilan adalah sesuatu yang dengan sengaja tidak di war-warkan kerana ia adalah terhad.
Hubungi kami sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Geran Pensijilan Halal 2023
Kesimpulan
Usahawan perlu melihat beberapa perkara sebelum membuat permohonan pensijilan halal termasuk kesediaan kewangan, premis, perancangan perniagaan, strategi pemasaran sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pensijilan halal. Setelah keputusan di buat, boleh menggunakan Formula 3PDS™️ yang kami cipta untuk menguruskan permohonan halal sekira ia di mohon sendiri (Ada diterangkan formula di dalam eBook Halal Mastery).
Pilihan samada Halal Consultant, Halal Coach atau memohon sendiri adalah pilihan mutlak pengurusan tertinggi syarikat setelah mengambil kira faktor kewangan, kompeten Team Internal dan masa.