Halal Executive - Info Lengkap

Halal Executive

Coach Abdul Fazmin
Coach Abdul Fazmin

The Halal Coach | Halal Consultant | Entrepreneur

Jawatan Halal Executive telah mengubah landskap industri halal global dan ia merupakan peluang kerja yang berpotensi dalam industri halal.
Isi Kandungan
    Add a header to begin generating the table of contents
    Scroll to Top

    Pembangunan sistem pensijilan Halal Malaysia telah menjadi proses penting dan berterusan yang bertujuan untuk memastikan pematuhan produk dan perkhidmatan kepada piawaian Halal yang menjadi tugas utama seorang Halal Executive atau eksekutif halal.

    Pensijilan halal telah bermula sejak tahun 1970-an namun ia menjadi satu agenda serius di zaman Tun Abdullah Bawawi di bawah program Islam Hadhari dengan penubuhan Halal Developement Corporation (HDC) pada 2006 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan mandat untuk membangunkan dan mempromosikan industri Halal Malaysia. HDC memainkan peranan penting dalam menyelaras dan melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan pensijilan Halal.

    Inisiatif ini kemudiannya di susuli oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertanggungjawab membangunkan prosedur pensijilan Halal yang komprehensif dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan. Prosedur ini menggariskan keperluan dan garis panduan untuk mendapatkan pensijilan Halal dan meliputi pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, dan logistik pada tahun 2004 kemudian di kemaskini pada 2014 dan sehinggan kini MPPHM 2020 digunakan yang mengukuhkan lagi jawatan dan peranan Halal Executive.

    Pembangunan Piawaian Malaysia MS 1500 pada tahun 2004, Piawaian Malaysia (MS) telah ditubuhkan untuk menyediakan garis panduan khusus untuk pensijilan Halal. Piawaian MS 1500:2004, kini dikemas kini kepada MS 1500:2009, dan sehinggan kini di revisikan kepada MS 1500:2019 menetapkan prinsip dan keperluan umum untuk pensijilan Halal di Malaysia, meliputi kedua-dua produk makanan dan bukan makanan.

    Sistem pensijilan Halal Malaysia terus berkembang dan bertambah baik. Usaha dibuat untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kebolehcapaian proses pensijilan, termasuk penggunaan teknologi untuk aplikasi dalam talian, pendigitalan dokumen dan prosedur yang diperkemas.

    Halal Executive Training / Kursus Eksekutif Halal

    Apa Itu Halal Executive?

    Halal Executive mula diperkenalkan sejak manual pensijilan Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 2004 dikeluarkan. Namun pada ketika ini, Halal Executive hanyalah sebagai tugas sandaran yang boleh dilantik oleh majikan kepada mana-mana pekerja di dalam organisasi. Selepas manual MPPHM 2014 di keluarkan, Eksekutif Halal mula di pandang serius dengan terciptanya kursus latihan khas kepada jawatan ini yang di kenali sebagai Halal Executive Training Course.

    Halal Executive ini di perkenalkan dan penting bagi badan pensijilan seperti JAKIm dan juga industri kerana mereka yang akan menyelaras dan memantau sistem jaminan halal (Halal Assurance System / HAS) syarikat selain daripada pihak autoriti. Adalah mustahil bagi pihak autoriti seperti JAKIM untuk memantau kesemua ribuan syarikat yang telah dipersijilkan halal apatah lagi untuk memantau setiap mana. Di sebabkan itu, tudas tersebut di berikan kepada Halal Executive sebagai ‘Extended Version” kepada JAKIM.

    Syarat & Kriteria Seorang Eksekutif Halal

    Untuk menjadi seorang Eksekutif Halal, seseorang mestilah memenuhi syarat dan kriteria seperti yang telah di tetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020 iaitu seorang eksekutif halal mestilah:

    1. Beragama Islam – Individu selain dari yang beragama Islam tidak dibolehkan menyandang tugas seorang Halal Executive
    2. Warganegara Malaysia – Individu selain dari warganegara Malaysia tidak dibolehkan untuk menyandang tugas seorang Halal Executive di Malaysia. Namun begitu, syarat ini mungkin tidak digunakan bagi syarikat luar negara yang memegang sijil Halal Malaysia.
    3. Berjawatan tetap – Individu mestilah berjawatan tetap yang mempunyai surat perlantikan yang sah daripada majikan. Eksekutif halal yang dilantik secara separuh masa(Part-time) atau Kontrak atau pelajar latihan industri (Internship) adalah tidak dibenarkan sama sekali.
    4. Berkelulusan minimum Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan
    5. Memiliki Sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB JAKIM

    Selain daripada kriteria di atas, adalah menjadi satu keutamaan atau kelebihan sekiranya eksekutif halal memiliki kriteria tambahan seperti:

    Berikut adalah beberapa kemahiran yang paling penting untuk Eksekutif Halal:

    1. Pengetahuan tentang piawaian dan peraturan pensijilan Halal
    2. Kefahaman tentang undang-undang dan amalan pemakanan Islam
    3. Perhatian kepada perincian dan ketepatan dalam dokumentasi dan penyimpanan rekod
    4. Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk bekerja dengan pelanggan dan rakan sekerja
    5. Keupayaan untuk menjalankan audit dan pemeriksaan produk dan kemudahan yang diperakui Halal
    6. Pengetahuan tentang keselamatan makanan dan amalan kawalan kualiti
    7. Kebiasaan dengan pengurusan rantaian bekalan Halal dan logistik
    8. Keupayaan menganalisis dan mentafsir data berkaitan pensijilan dan pematuhan Halal
    9. Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang kukuh
    10. Komitmen terhadap kelakuan beretika dan profesional dalam industri Halal.

    Tanggungjawab Eksekutif Halal Syarikat

    Tanggungjawab Eksekutif Halal di dalam syarikat melibatkan keseluruhan sistem operasi syarikat dan menyeluruh yang bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian halal dan sistem jaminan halal berjalan dengan baik dalam operasi syarikat yang merangkumi:

    • Membangunkan dan melaksanakan dasar dan prosedur pematuhan halal dalam syarikat: Eksekutif Halal bertanggungjawab untuk membangunkan dasar dan prosedur yang memastikan semua aktiviti syarikat mematuhi piawaian halal. Ini termasuk proses pengeluaran, pengurusan stok, penyediaan makanan, dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh syarikat.
    • Memastikan bahan dan proses pemprosesan yang digunakan mematuhi piawaian halal: Eksekutif Halal perlu memantau rantai bekalan syarikat dan memastikan semua bahan yang digunakan adalah halal. Mereka juga perlu memastikan bahawa proses pemprosesan memenuhi piawaian halal, termasuk penjagaan kebersihan dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengelakkan kontaminasi bahan-bahan yang tidak halal.

    Tugas Eksekutif Halal

    Antara tugas-tugas seorang Eksekutif Halal termasuk dan tidak terhad kepada:

    • Menguruskan permohonan dan memperoleh sijil halal: Eksekutif Halal bertanggungjawab untuk menguruskan permohonan sijil halal bagi produk atau perkhidmatan syarikat. Mereka perlu memastikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan disediakan dengan betul dan mengkoordinasikan audit dan pemeriksaan oleh pihak berkuasa pematuhan halal.
    • Pemantauan dan pematuhan berterusan: Seorang Eksekutif Halal perlu menjalankan pemantauan berterusan untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian halal. Mereka boleh melakukan pemeriksaan dalaman dan pengauditan untuk memastikan amalan pematuhan halal yang berterusan di semua peringkat operasi syarikat.
    • Memberi Latihan: Eksekutif Halal layak untuk memberi latihan kesedaran halal atau Halal Awareness Training secara berkala kepada kakitangan baru dan sedia ada kepada kakitangan syarikat mengenai piawaian halal. Ia merangkumi amalan pematuhan halal, penjagaan kebersihan, dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan pematuhan piawaian halal dalam setiap tugas yang mereka laksanakan. Sekiranya ia tidak mampun untuk memberi latihan kepada kakitangan, syarikat hendaklah melantik syarikat penyedia latihan bertauliah untuk melaksanakan latihan ini.
    • Pemantauan perubahan piawaian halal: Piawaian halal dapat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Oleh itu, Eksekutif Halal perlu sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan memastikan syarikat sentiasa mematuhi dan mematuhi piawaian halal yang terkini.

    Tugas lengkap seorang eksekutif halal adalah seperti yang tertera di dalam Malaysian Halal Management System (MHMS) 2020 – Lampiran B

    Jawatan Halal Executive Di Dalam Industri Halal

    Executive Halal mempunyai potensi pekerjaan yang sangat tinggi bukan sahaja di dalam negara bahkan di luar negara kerana halal adalah permintaan global dan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM merupakan pensijilan halal yang menungguli carta pensijilan halal yang peling di percayai. Oleh yang demikian, Halal Executive bukan sahaja laku di Malaysia, namun ia juga mempunyai permintaan di luar negara.

    Antara Jawatan yang di cipta di dalam industri halal yang boleh di penuhi oleh eksekutif halal adalah:

    1. Pegawai Pematuhan Halal
    2. Pengurus Jaminan Kualiti Halal
    3. Pakar Pensijilan Halal
    4. Juruaudit Makanan Halal
    5. Penyelaras Pembangunan Produk Halal
    6. Pengurus Rantaian Bekalan Halal
    7. Pakar Latihan dan Pendidikan Halal
    8. Penganalisis Penyelidikan Halal
    9. Pegawai Keselamatan Makanan Halal
    10. Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Halal

    Dan syarikat-syarikat yang memerlukan eksekutif halal adalah seperti:

    1. Pengeluar produk makanan & minuman Halal
    2. Restoran
    3. Pengedar makanan halal
    4. Agensi pensijilan halal
    5. Syarikat pelancongan halal
    6. Syarikat kosmetik dan penjagaan diri halal
    7. Syarikat farmaseutikal halal
    8. Syarikat logistik dan pengangkutan halal
    9. Penyedia latihan halal.

    Gaji Eksekutif Halal Dalam Dan Luar Negara

    Eksekutif Halal merupakan kerjaya yang agak baharu di Malaysia (Kurang 10 tahun), tetapi ia berkembang pesat berikutan peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal. Peranan Eksekutif Halal adalah untuk memastikan produk dan perkhidmatan mematuhi undang-undang dan peraturan Islam, dan untuk mengawasi proses pensijilan halal.

    Industri halal adalah industri berbilion dolar, dan Malaysia adalah salah satu negara terkemuka di dunia dari segi pensijilan dan pengeluaran halal. Oleh itu, Eksekutif Halal mempunyai banyak peluang di Malaysia, terutamanya dalam industri makanan dan minuman, kosmetik, dan farmaseutikal.

    Bagaimanapun, seperti mana-mana kerjaya lain, kejayaan Eksekutif Halal bergantung kepada pelbagai faktor seperti pendidikan, pengalaman, kemahiran, dan rangkaian. Adalah penting untuk mempunyai pemahaman yang kukuh tentang undang-undang dan peraturan Islam, serta proses pensijilan halal. Mempunyai komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal boleh membantu dalam membina hubungan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan.

    Bagaimana Permintaan Industri Terhadap Halal Executive?

    Dari tahun ke tahun, Eksekutif Halal mendapat permintaan tinggi di Malaysia bahkan di luar negara. Ini dapat disahkan dari peningkatan drastik kepada permintaan pensijilan halal oleh syarikat luar negara kepada pensijilan JAKIM walaupun di negara mereka memang ada badan pensijilan halal yang juga di iktiraf oleh JAKIM.

    Negara ini mempunyai penduduk Islam yang ramai, dan terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan Halal. Akibatnya, syarikat dan organisasi semakin mencari Eksekutif Halal untuk memastikan pematuhan dengan piawaian Halal dan untuk meneroka pasaran Halal yang semakin berkembang.

    Malaysia ialah hab global terkemuka untuk produk dan perkhidmatan Halal, meningkatkan lagi permintaan untuk profesional dalam bidang ini.

    Gaji Eksekutif Halal di Malaysia boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor seperti pengalaman, kelayakan, dan syarikat tempat mereka bekerja. Secara purata, Eksekutif Halal boleh menjangkakan pendapatan sekitar RM 3,000 hingga RM 5,000 sebulan.

    Namun begitu pada hakikatnya di Malaysia banyak majikan yang masih membayar gaji kepada eksekutif halal di bawah kadar yang sepatutnya. Ini adalah kerena meraka tidak melihat tugas dan tanggungjawab Halal Executive sebagai suatu yang penting. Walau bagaimanapun, adalah bergantung kepada individu untuk melengkapkan diri dengan elemen lain untuk meningkatkan ‘Value’ diri yang akan melayakkan diri mendapat gaji yang lebih tinggi seperti:

    • Pengalaman
    • Personaliti
    • Soft wkill dan lain-lain

    Anggaran jumlah gaji untuk Eksekutif Halal ialah $58,360 setahun di kawasan Amerika Syarikat, dengan purata gaji $48,707 setahun iaitu sekitar $4,800 sebulan. Nombor ini mewakili median, iaitu titik tengah julat daripada model Anggaran Jumlah Gaji proprietari kami dan berdasarkan gaji yang dikutip daripada pengguna kami. Anggaran gaji tambahan ialah $9,652 setahun. Bayaran tambahan boleh termasuk bonus tunai, komisen, petua dan perkongsian keuntungan. [Sumber]

    Halal Executive Training 2023

    Halal Executive Training atau Kursus Eksekutif halal merujuk kepada program latihan khusus yang direka untuk melengkapkan individu, khususnya dalam industri halal, dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memahami dan melaksanakan amalan halal dalam industri atau organisasi masing-masing selain mematuhi syarat wajib MPPHM 2020.

    Latihan ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang prinsip, garis panduan, dan keperluan pensijilan dan pematuhan halal. Berikut adalah beberapa aspek utama yang biasanya diliputi dalam Latihan Eksekutif Halal:

    Piawaian dan Garis Panduan Halal: Program latihan menyediakan gambaran keseluruhan prinsip dan konsep asas halal, termasuk sumber keperluan halal, bahan yang dibenarkan dan terlarang, dan kepentingan pensijilan halal.

    Keperluan Halal Khusus Industri: Bergantung kepada industri peserta, latihan memberi tumpuan kepada keperluan dan pertimbangan halal khusus yang berkaitan dengan sektor mereka. Sebagai contoh, industri makanan dan minuman mungkin merangkumi aspek seperti mendapatkan bahan halal, proses pengeluaran, penyimpanan dan pengangkutan, manakala industri kosmetik mungkin menangani keperluan bahan halal dan pelabelan.

    Proses Pensijilan Halal: Latihan menggariskan prosedur dan langkah yang terlibat dalam mendapatkan pensijilan halal untuk produk dan perkhidmatan. Ia meliputi proses permohonan, keperluan dokumentasi, pengauditan, dan prosedur pemeriksaan yang dijalankan oleh badan pensijilan halal.

    Sistem Jaminan Halal: Peserta belajar tentang pembangunan dan pelaksanaan sistem jaminan halal dalam organisasi mereka. Ini termasuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk amalan halal, memastikan pengasingan yang betul bagi produk halal dan tidak halal, dan melaksanakan kawalan kualiti dan mekanisme pemantauan.

    Pengauditan dan Pematuhan: Latihan ini memberikan pandangan tentang menjalankan audit dalaman dan pemeriksaan untuk memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan halal. Ia meliputi teknik untuk mengenal pasti isu ketidakpatuhan, tindakan pembetulan, dan penambahbaikan berterusan dalam mengekalkan integriti halal.

    Tingkah Laku dan Pemasaran Pengguna: Peserta mendapat pemahaman tentang keutamaan pengguna, arah aliran pasaran, dan kepentingan memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal untuk menyasarkan pengguna Muslim dengan berkesan.

    Pertimbangan Kawal Selia dan Undang-undang: Latihan mungkin termasuk maklumat tentang peraturan, piawaian dan rangka kerja undang-undang halal yang berkaitan khusus untuk negara atau wilayah peserta. Ini memastikan peserta sedar tentang kewajipan dan keperluan undang-undang yang berkaitan dengan amalan halal dalam operasi perniagaan mereka.

    Dengan menghadiri Latihan Eksekutif Halal, para profesional boleh meningkatkan pemahaman mereka tentang amalan halal, meningkatkan pematuhan dalam organisasi mereka, dan menunjukkan komitmen untuk memenuhi keperluan pengguna Islam dalam pasaran halal.

    Topik Dan Modul

    MODUL 1:
    MANUAL HALAL DAN PENTADBIRAN REKOD (HALAL MANUAL AND RECORDS ADMINISTRATION)

    MODUL 2:
    PENTADBIRAN PROGRAM JAWATANKUASA HALAL DALAMAN (IHC) (INTERNAL HALAL COMMITTEE (IHC) PROGRAM ADMINISTRATION)

    MODUL 3:
    JAMINAN KUALITI HALAL (HALAL QUALITY ASSURANCE)

    MODUL 4:
    PENTADBIRAN PROSES PENSIJILAN HALAL (HALAL CERTIFICATION PROCESS ADMINISTRATION)

    MODUL 5:
    FASILITASI AUDIT HALAL DALAMAN (INTERNAL HALAL AUDIT FACILITATION)

    Penyedia Latihan Kursus Eksekutif Halal JAKIM

    Program kursus eksekutif halal JAKIM hanya boleh di jalankan oleh syarikat penyedia latihan halal yang diiktiraf, persatuan industri, atau institut latihan khusus. Tempoh dan format latihan mungkin berbeza-beza, dari bengkel pendek hingga program pensijilan komprehensif. Senarai penyedia latihan yang bertauliah untuk menjalankan Kursus Eksekutif Halal atau Halal Executive Training adalah seperti berikut:

    1. Universiti Teknologi Malaysia
    2. Kolej Uniti
    3. Universiti Sains Islam Malaysia
    4. International Islamic Universiti Malaysia (IIUM)
    5. University Of Malaysia (UM)
    6. Universiti Putra Malaysia (UPM)
    7. Kolej Universiti Agrosains Malaysia
    8. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
    9. University of Kuala Lumpur (UNiKL)
    10. Universiti Teknologi MARA (UITM) (ACIS) & (MITRANS)
    11. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – www.ukm.my
    12. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    13. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
    14. Cyberjaya University of Medical Halal Science Centre (CUCMS)
    15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
    16. Sirim Behad
    17. Management & Science University Shah Alam (MSU)
    18. Halal Industry Development Corporation (HDC)
    19. GAE Resources Sdn Bhd (HALAL ACADEMY)
    20. Politeknik Metro Kuantan
    21. Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS)
    22. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
    23. Politeknik Sultan Sirajuddin
    24. Politeknik merlimau Melaka
    25. JCP Professional Services Sdn Bhd
    26. PIJ Halal Ventures Sdn Bhd
    27. Upaya Vista Sdn bhd
    28. Kazai Innovative Ideas Solution
    29. Oceania Halal Academy
    30. Global Haltech Sdn Bhd (GH)
    31. Exclusive Continent Sdn Bhd
    32. Universiti Putra Malaysia (UPM)

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam membangunkan sistem pensijilan Halal yang mantap dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Komitmen negara untuk mempromosikan industri Halal telah menyumbang kepada reputasinya sebagai peneraju global dalam pensijilan Halal, berfungsi sebagai penanda aras bagi negara lain yang ingin membangunkan standard dan proses pensijilan Halal mereka sendiri.

    Halal Executive memainkan peranan yang penting dalam memastikan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance System) syarikat berjalan dengan baik bagi memastikan integriti halal JAKIM sentiasa berada di carta nombor 1 dunia. Tugas berat seorang eksekutif halal bukan sahaja memastikan produk sentiasa halal, akan tetapi turut memastikan produk mencapai piawaian kebersihan dan kualiti makanan.

    Baca penulisan kami yang lain di seksyen blog.

    Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

    Share This!
    Share This!
    Share This!
    Share This!

    Apa pandangan anda?

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Shopping Cart