Halal Gap Analysis ialah satu proses sistematik yang digunakan untuk membandingkan keadaan semasa perniagaan dengan garis panduan yang telah di tetapkan oleh JAKIM bagi membolehkan syarikat mendapatkan pensijilan Halal JAKIM. Matlamat analisis jurang adalah untuk mengenal pasti jurang / Gap atau percanggahan antara kedudukan syarikat pada masa ini dan syarat yang ditetapkan.
Dalam proses pensijilan halal, ada satu langkah yang majoriti pemohon pensijilan halal tidak buat iaitu proses Halal Gap Analysis. Proses ini adalah penting kerana ia dapat menjimatkan duit dan masa kerana ia memberi gambaran yang jelas apa yang perlu di buat dan disediakan sebelum memohon pensijilan halal.
Bayangkan dengan hanya mengeluarkan kos anggara RM1,000 – RM2,000 di peringkat awal akan dapat sebuah laporan yang lengkap dengan pelan tindakan dan apa yang harus dibuat untuk mendapatkan pensijilan halal yang berpotensi menjimatkan poket pemohon RM10,000 hingga RM 20,000.
Kepentingan Gap Analysis
Halal Gap Analysis atau Analisa Jurang Halal ialah perbandingan sistematik amalan semasa organisasi dengan satu set piawaian yang ditetapkan. Dalam konteks Pensijilan Halal Malaysia, analisa ini boleh digunakan untuk mengenal pasti elemen di mana amalan pembuatan syarikat tidak memenuhi keperluan peraturan pensijilan halal Malaysi.
Dokumen rujukan yang perlu di jadikan panduan dalam pensijilan halal Malaysia adalah seperti berikut:
- MS1500: 2019
- Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020)
- Malaysia Halal Management System 2020 (MHMS 2020)
Terdapat beberapa sebab penting untuk menjalankan Gap Analysis sebelum memohon pensijilan halal JAKIM.
- Ia dapat membantu untuk mengenal pasti dan mengutamakan bahagian yang memerlukan penambahbaikan. Ini boleh menjimatkan masa dan duit dalam jangka masa panjang, kerana ia akan membantu memastikan syarikat itu mematuhi peraturan pensijilan halal JAKIM dari awal. Tidak perlu lagi membuang masa dan duit membuat pertukaran di masa hadapan.
- Gap Analysis dapat membantu pemohon mengenal pasti potensi risiko terhadap kualiti dan keselamatan produk. Dengan memahami di mana amalan syarikat tidak memenuhi keperluan halal JAKIM, tindakan pembetulan boleh diambil untuk mengurangkan risiko ini sejak dari awal dan bukan di waktu audit pihak autoriti.
- Halal Gap Analysis dapat membantu meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam organisasi. Dengan melibatkan semua pihak berkepentingan dalam proses itu, syarikat boleh memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang cabaran dan peluang yang berkaitan dengan pematuhan Halal.
- Ia dapat membantu membina kes yang kukuh untuk pensijilan Halal. Dengan membuktikan bahawa syarikat komited untuk penambahbaikan berterusan, ia boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pensijilan.
- Yang paling penting!.. Halal Gap Analysis boleh membantu memastikan syarikat bersedia dan membuat keputusan berdasarkan Kos, Masa dan Kapasiti syarikat dalam mendapatkan pensijilan Halal. Dengan maklumat yang lengkap, syarikat boleh merancang dan membuat keputusan yang terbaik.
Melaksanakan Gap Analysis
Halal Gap Analysis kebiasaanya di jalankan oleh Halal Consultant (consultant halal) kerana mereka mempunya kepakaran yang khusus dan telah berpengalaman sekian tahun dalam bidang halal dan keselamatan makanan. Kebiasaan apa yang kami lakukan dalam melaksanakan Halal Gap Analysis adalah seperti berikut:
- Mengenal pasti peraturan-peraturan pensijilan halal bagi skim pensijilan yang berkaitan.
- Menilai keadaan semasa amalan pembuatan organisasi berdasarkan formula 3PDS™️.
- Kenal pasti sebarang jurang antara amalan semasa dan keperluan pensijilan mengikut skim pensijilan halal JAKIM.
- Utamakan jurang dan bangunkan pelan cadangan penambahbaikan atau pembetulan.
- Mengeluarkan laporan Halal Gap Analysis beserta markah kepada pemohon yang menyenaraikan semua temuan yang di dapati semasa lawatan di jalankan beserta cadangan pembetulan yang boleh dibuat untuk menutup jurang / Gap bagi memohon pensijilan Halal.
Proses Gap analysis ini boleh menjadi satu perkara yang kompleks dan memakan masa 1-5 jam bergantung kepada saiz, operasi dan bilangan produk syarikat pemohon.
Elemen-elemen yang di semak semasa Halal Gap analysis menggunakan formula 3PDS™️ boleh di rumuskan seperti berikut:
- Premise – Membuat semakan ke atas premis yang merangkumi lokasi, struktur dan pelan lantai premis
- Product – Melaksanakan analisa terhadap produk dan bahan mentah secara ringkas bagi menilai pematuhan terhadap garis panduan Halal.
- People – Membuat semakan terhadap kecukupan kakitangan dalam memenuhi keperluan halal.
- Document – Menyemak dokumen-dokumen yang berkait dengan pensijilan halal
- System – Menyemak dan menilai sistem sedia ada beserta rekod-rekod yang digunakan dalam melaksanakan kawalan dalaman dari aspek halal dan keselamatan makanan.
Gap Analysis biasanya digunakan dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan perniagaan, pengurusan projek, jaminan kualiti, pematuhan peraturan dan banyak lagi menunjukkan ia bukan sesuatu yang baru malah telah banyak di aplikasi termasuk dalam pensijilan halal. Mereka membantu organisasi mengenal pasti bahagian untuk penambahbaikan dan membangunkan strategi yang disasarkan untuk merapatkan jurang antara keadaan semasa dan yang dikehendaki.
Baca artikel yang lain di seksyen Blog.