sijil halal jakim

Kepentingan Dan Manfaat Sijil Halal JAKIM Kepada Bisnes Makanan

Coach Abdul Fazmin
Coach Abdul Fazmin

The Halal Coach | Halal Consultant | Entrepreneur

Di dalam industri Food & Beverages (F&B), pensijilan halal adalah perlu bahkan ia sangat penting. Ia bukan sahaja menaikkan brand value, malah meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama dan secara tidak langsung meningkatkan jualan.
Isi Kandungan
    Add a header to begin generating the table of contents
    Scroll to Top

    Ramai usahawan tahu tentang halal tetapi sangat sedikit yang mengerti akan kepentingan dan manfaat sijil halal JAKIM kepada bisnes makanan mereka.

    Terdapat perbezaan pada makanan halal daripada perspektif keagamaan dan pensijilan tersebut untuk diperakui. Namun, kedua-duanya memberi manfaat yang amat besar kepada masyarakat.

    Pensijilan Halal Malaysia

    Halal memberi maksud “dibenarkan” dalam bahasa Arab. Dalam istilah  syariah, ia bermaksud makanan halal, makanan yang mematuhi undang-undang dalam  Islam, seperti yang sudah  dinyatakan di dalam Al-Quran.

    Konsep Halalan toyyibban adalah penting bagi umat islam malah ia menjadi isu antarabangsa apabila pengeluar produk dari luar negara turut mementingkan logo atau pengesahan halal Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

    Selain daripada itu, pengeluar produk dari luar negara berlumba lumba ingin mendapatkan sijil halal dari Malaysia yang dianggap terbaik di dunia, jadi kenapa kita yang tinggal di Malaysia tidak menganggap ia nya adalah sebagai sesuatu yang penting?

    Mengapa Haiwan MESTI Di Sembelih Dengan Kaedah Islam

    Dari segi haiwan pula , pasti ramai yang sudah tahu ,terdapat haiwan yang haram dan juga halal. Contohnya  burung burung pemangsa ,seperti helang (yang berburu menggunakan kuku.

    Selain itu juga, mestilah ramai yang sudah tahu khinzir dan anjing adalah haiwan yang haram di dalam islam. Disamping itu , haiwan eksotik juga dilarang di dalam islam seperti ular, kura kura, kucing, katak dan  banyak lagi. Haiwan dua alam juga diharamkan untuk dimakan bagi umat islam.

    Di samping itu,  kita hanya akan menumpukan pada proses penyembelihan haiwan yang halal. Di dalam proses makanan tidak halal, tukang daging biasanya menyembelih haiwan dengan memotong kepalanya sepenuhnya, memberi kejutan elektrik dan sebagainya.

    Perkara ini sering berlaku terutamanya bagi penyembelihan ayam. Semasa melalui proses ini, jantung haiwan tersebut akan berhenti untuk mengepam darah.

    Apabila tiada daya haiwan untuk bergerak, darah haiwan tersebut akan bertakung di dalam sebahagian urat dan arteri.Proses ini akan menyebabkan daging haiwan dicemari oleh darah dan daging haiwan akan terjejas dan tidak bagus untuk dimakan.

    Pembuktian Dari Sudut Sains

    Sains telah membuktikan darah merupakan medium yang paling mudah menyebabkan pertumbuhan bakteria. Di dalam tubuh manusia akan  lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit berbahaya apabila memakan daging yang di matikan dengan kaedah sedemikian rupa.

    Penyembelihan haiwan halal adalah berbeza. Urat leher utama haiwan tersebut akan dipotong dan akan  menyebabkan darah mendapat tekanan yang tinggi di dalam urat.

    Oleh kerana itu, darah akan mengalir keluar dari badan haiwan, yang berhubung ke atrium jantung tanpa sebarang mempunyai masalah. Dengan kaedah ini, hampir keseluruhan kandungan darah dapat dikeluarkan.

    Kaedah penyembelihan  ini  akan mengekalkan hubungan antara jantung dan otak haiwan dan membolehkan haiwan bernafas secara semula jadi. 

    Oleh itu, jantung haiwan akan terus mengepam sehingga semua darah dari badan disingkirkan dan hanya daging yang tersisa. Di dalam proses ini, pencemaran tidak akan berlaku dan daging yang besih,suci,asli dan halal akan dapat dihasilkan.

    Badan Pensijilan Halal Di Malaysia

    Di dalam Malaysia, pensijilan halal HANYA dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan ini adalah untuk memastikan produk F&B menepati konsep “Halalan Toyyiban”.

    Di dalam Istilah “halalan” telah menunjukkan pematuhan terhadap garis-garis panduan asas syariah. Dari segi  istilah “toyyiban” pula melebihi garis-garis panduan . Mereka menggunakan kriteria ini untuk membuat sesuatu yang baik, asli dan sihat.

    Disamping itu, walaupun produk makanan tertentu adalah halal dari segi perspektif syariah di dalam Islam, ia mungkin tidak akan diberikan sijil halal kerana ia tidak melepasi pemeriksaan dari segi “toyyiban”.

    Perlu di ketahui juga di dalam pasaran ini terdapat banyak logo halal luar negara palsu yang di keluarkan oleh badan pensijilan halal luar negara yang tidak di iktiraf oleh JAKIM.

    Sijil Halal JAKIM Bagi Bisnes Makanan

    Mempunyai sijil halal jakim ialah sama dengan kelulusan piawaian pengurusan yang baik seperti ISO. Mempunyai pensijilan halal bermaksud produk anda berkualiti. 

    Disebabkan  itu, jika anda merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di dalam bisnes makanan, mempunyai sijil halal adalah kemestian bagi anda. 

    Selain daripada itu, tujuan utama pensijilan halal adalah  untuk menjaga agama yang seringkali menimbulkan kekeliruan dan membawa persepsi yang buruk kepada mereka yang beragama islam.

    Bukan semua makanan yang tidak mempunyai sijil halal itu adalah haram. Makanan yang mengandungi lemak babi walaupun dalam kuantiti yang sedikit akan kekal sebagai makanan yang haram. 

    Setelah memahami kepantingan sijil halal kepada bisnes, boleh mula melakukan persediaan ke arah halal dengan cara yang betul dan mudah.

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, pensijilan halal memberi manfaat kepada keseluruhan umat manusia secara umumnya dan khusus kepada umat Islam.

    Pensijilan halal melindungi pengguna baik dari segi kesahihan halal dan kebersihan makanan. Kepada perniagaan pemegang sijil halal semestinya ia memberi kredibiliti kepada jenama dan meluaskan pasaran produk kerana peningkatan terhadap produk halal dari tahun ke tahun secara global.

    Topik ini ada dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam Webinar Jom Mohon Halal. Daftar hari ini.

    Penulis:

    Cik Anis Alwani (Halal Food Service)

    Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

    Share This!
    Share This!
    Share This!
    Share This!

    Apa pandangan anda?

    Shopping Cart