Kriteria Halal Consultant

Kriteria Halal Consultant

Picture of Coach Abdul Fazmin
Coach Abdul Fazmin

The Halal Coach | Halal Consultant | Entrepreneur

Halal Consultant memainkan peranan penting dalam membantu perniagaan menavigasi kerumitan pensijilan, pematuhan dan amalan terbaik Halal
Isi Kandungan
    Add a header to begin generating the table of contents
    Scroll to Top

    Kriteria Halal Consultant perlu di ketahui dahulu sebelum bekerjasama dan melantik mereka untuk tugasan permohonan pensijilan halal. Banyak bezanya di antara “Consultant” dengan “Runner” Sijil Halal. Perunding Halal atau Halal Consultant ialah pakar yang memberikan bimbingan dan sokongan profesional kepada perniagaan yang ingin mematuhi piawaian Halal dan sejurusnya mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM.

    Mereka memiliki pengetahuan dan kepakaran khusus dalam prinsip, keperluan dan amalan Halal, membolehkan mereka membantu perniagaan dalam pelbagai industri, seperti makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal, dan logistik.

    Objektif utama Halal Consultant adalah untuk memastikan produk dan perkhidmatan memenuhi keperluan yang digariskan oleh pihak berkuasa Halal dan boleh diterima untuk dimakan atau digunakan oleh pengguna Islam.

    Tanggungjawab Halal Consultant

    Tanggungjawab Halal Consultant boleh berbeza-beza berdasarkan keperluan khusus pemohon dan skop penglibatan mereka. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa tanggungjawab dan tugas utama mereka:

    1. Penilaian Pematuhan Halal: Perunding menilai operasi, proses, bahan ramuan yang digunakan dan kemudahan sedia ada perniagaan untuk menilai pematuhan mereka terhadap piawaian Halal. Mereka mengenal pasti mana-mana kawasan ketidakpatuhan dan memberikan cadangan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Proses ini dikenali sebagai Gap Analysis yang lazimnya di lakukan awal sebelum memulakan permohonan pensijilan halal.
    2. Membimbing Klien Memohon Pensijilan Halal: Halal Consultant membimbing pemohon dalam proses mendapatkan pensijilan Halal. Mereka membantu dalam melengkapkan dokumentasi yang diperlukan, berhubung dengan badan pensijilan Halal (sekiranya perlu), dan memberikan sokongan semasa proses permohonan dan penilaian pensijilan. Halal Consultant TIDAK mewakili pemohon dalam permohonan sijil halal tetapi sebaliknya bertindak sebagai pembimbing yang membantu keseluruhan proses mendapatkan pensijilan halal.
    3. Bimbingan & Latihan Berkaitan: Perunding halal sekiranya perlu memberi latihan ataupun bengkel untuk mendidik kakitangan syarikat pemohon, pekerja, dan pihak berkepentingan yang berkaitan tentang prinsip, keperluan dan amalan terbaik Halal. Mereka meningkatkan pemahaman dan kesedaran tentang konsep Halal dan menggalakkan pelaksanaan yang betul. Ini kebiasaanya boleh di dapati melalui Kursus Kesedaran Halal atau Halal Awareness Training.
    4. Menganalisa Bahan Mentah dan Produk: Halal Consultant menganalisis bahan ramuan, proses keseluruhan penghasilan produk dan produk yang digunakan oleh perniagaan untuk memastikan pematuhan mereka dengan keperluan Halal. Mereka mengesahkan status Halal bahan, mengesyorkan alternatif yang diperakui Halal, dan membantu dalam penyumberan bahan alternatif sekiranya bahan sedia ada tidak mematuhi piawaian halal.
    5. Penambahbaikan Proses dan Reka Bentuk Premis & Fasiliti: Perunding memberikan cadangan untuk penambahbaikan proses dan reka bentuk kemudahan untuk memastikan integriti Halal juga keselamatan makanan terjamin. Mereka membantu dalam melaksanakan langkah pengasingan, mencegah pencemaran silang, dan membangunkan protokol penyimpanan dan pengendalian yang sesuai. Di sebabkan itu, pengetahuan berkaitan halal secara syariah sahaja tidak memadai untuk menjadi Halal Consultant akan tetapi memerlukan kefahaman yang mendalam juga untuk aspek keselamatan makanan (Food Safety)
    6. Pengurusan Rantaian Bekalan: Perunding Halal bertanggungjawab menasihati pemohon untuk mengekalkan integriti Halal sepanjang rantaian bekalan. Mereka membantu dalam memilih pembekal patuh Halal, mewujudkan langkah kawalan, dan memantau pengangkutan, penyimpanan dan pengendalian produk Halal.
    7. Jaminan Kualiti dan Pengauditan: Halal Consultant membantu mewujudkan sistem jaminan kualiti makanan dan menjalankan audit dalaman untuk memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian Halal. Mereka membangunkan mekanisme pemantauan, menyemak amalan, dan mengesyorkan tindakan pembetulan untuk penambahbaikan berterusan yang kebiasaanya di sebut Halal Assurance System / HAS (Sistem Jaminan Halal) atau Internal Halal Control System / IHCS (Sistem Kawalan Halal Dalaman)
    8. Pematuhan Peraturan: Perunding halal mesti di lengkapi dengan pengetahuan peraturan tempatan dan keselamatan makanan yang berkaitan dengan Halal dan membantu pemohon memahami dan mematuhi peraturan ini. Mereka menyediakan panduan tentang keperluan pelabelan, pensijilan dan kewajipan undang-undang. Antara peraturan yang perlu di patuhi adalah Peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Makanan 1983, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) [Bahagian Regulatori Farmasi Negara] dan bermacam-macam lagi.
    9. Pelabelan: Meskipun ini tidak termasuk skop Halal Consultant, namun ia adalah penting dan merupakan ‘Plus-Point’ kepada Halal Consultant sekiranya boleh memberi nasihat berkaitan pelabelan produk.
    10. Penambahbaikan dan Kemas Kini Berterusan: Perunding Halal mesti sentiasa di lengkapi dengan perkembangan terbaru, trend industri dan perubahan dalam piawaian Halal. Mereka memberi input kepada pemohon dengan maklumat yang betul dan terkini beserta cadangan untuk memastikan peningkatan berterusan dan penjajaran dengan keperluan terkini.

    Kriteria Halal Consultant Yang Berwibawa

    Kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada seorang Halal Consultant adalah:

    • Berpengalaman – Samada pengalaman bekerja industri atau pengalaman membantu pemohon mendapatkan pensijilan Halal. Ini merupakan #1 Key yang membezakan di antara Halal Consultant yang baru dan yang lama.
    • Halal Executive – Tidak menjadi kewajipan tetapi paling tidak seorang Halal Consultant mesti tahu skop dan tanggungjawab Halal Executive. Ramai Halal Consultant yang sangat berpengalaman tetapi tidak mempunyai Sijil Halal Executive
    • Halal Internal Audit (Lead-Auditor) – Memandangkan skop kerja Halal Consultant merangkumi melaksanakan audit halal dalaman bagi untuk pemohon, maka adalah menjadi satu keutamaan dan keperluan kepada mereka untuk di iktiraf sebagai Halal Internal Auditor oleh Halal Professional Board (HPB). Ini memisahkan di antara consultant yang kompeten dengan “Runner” halal.
    • Berpengetahuan dalam Keselamatan Makanan – Bagi pemohonan halal kategori makanan (Food), adalah satu kemestian seorang consultant memiliki pengetahun yang dalam berkaitan keselamatan makanan (Food Safety) yang secara asasnya Good Manufacturing Practice dan hazard analysis critical control point (HACCP).
    • Kerahsiaan – Perunding Halal WAJIB menjaga kerahsiaan syarikat pemohon.

    Kesimpulan

    Kriteria Halal Consultant adalah penting bagi membuat keputusan dalam pemilihan consultant yang akan membimbing dalam permohonan pensijlan halal. Faktor fi Perundingan adalah salah satu faktor dan bukan seharusnya di jadikan faktor utama dalam pemilihan perunding halal. Terlalu banyak laporan yang telah dibuat berikutan ‘Runner” halal yang menggelar dirinya sebagai Consultant akan tetapi tidak memiliki kriteria Halal Consultant seperti yang dinayatakan di atas. Buat pertimbangan sewajarnya agar kerugian dapat di elakkan.

    Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

    Share This!
    Share This!
    Share This!
    Share This!

    Apa pandangan anda?

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Shopping Cart