Latihan halal merupakan elemen yang baru diperkenalkan dan di wajibkan seperti yang tertera di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020 (MPPHM 2020) yang berkuatkuasa sepenuhnya pada Januari 2021. Inisiatif latihan ini bertujuan untuk menggalakkan pematuhan terhadap keperluan halal dan meningkatkan kecekapan individu yang terlibat dalam industri berkaitan halal.
Objektif Latihan Halal
Program latihan halal kebiasaannya mempunyai objektif berikut:
- Mendidik individu tentang konsep halal dan kepentingannya dalam undang-undang pemakanan Islam.
- Mewujudkan kesedaran tentang keperluan dan piawaian halal khusus yang digunakan untuk industri yang berbeza, seperti makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal, logistik dan pelancongan.
- Membangunkan pemahaman yang menyeluruh tentang proses pensijilan halal, termasuk prosedur permohonan, keperluan dokumentasi dan audit.
- Mempromosikan amalan terbaik dalam pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pembuatan halal untuk memastikan pematuhan dan mencegah pencemaran silang dengan bahan tidak halal.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional yang terlibat dalam industri berkaitan halal, seperti ahli teknologi makanan, kakitangan kawalan kualiti, juruaudit, dan kakitangan badan yang memperakui.
Jenis Latihan Berkaitan Halal
Di Malaysia, pelbagai jenis program latihan dan kursus halal disediakan untuk memenuhi pelbagai keperluan individu dan perniagaan yang terlibat dalam industri berkaitan halal. Berikut adalah beberapa jenis latihan berkaitan halal yang biasa di tawarkan di Malaysia yang terbahagi kepada dua iaitu:
- Latihan wajib seperti yang dinyatakan di dalam MPPHM 2020
- Latihan pilihan (Optional) berdasarkan keperluan syarikat dan industri
Latihan Wajib
Latihan wajib seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan manual MPPHM 2020 adalah seperti berikut:
Latihan Kesedaran Halal / Halal Awareness Training
Latihan ini direka untuk memberikan pemahaman asas tentang prinsip, amalan dan kepentingan halal dalam undang-undang pemakanan Islam. Ia merangkumi asas-asas halal, termasuk konsep bahan yang dibenarkan dan terlarang, dan kepentingan pensijilan halal. Halal Awareness Training ini sesuai untuk individu dan perniagaan yang ingin medapatkan pensijilan halal dan juga pemegang pensijilan halal Malaysia sedia ada.
Latihan kesedaran halal ini hendaklah di hadiri oleh semua kakitangan syarikat yang terlibat di dalam operasi syarikat. Kursus kesedaran halal ini hendaklah di hadiri sekurang-kurangnya 3 tahun sekali seperti yang di nyatakan di dalam manual. Ia mesti di kendalikan oleh penyedia latihan halal yang bertauliah.
Latihan Kompeteni Halal / Halal Competency Training
Latihan Kompetensi Halal ini adalah latihan halal yang di khususkan kepada ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee) sahaja dengan tujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan ahli Jawatankuasa Halal Dalaman dalam meningkatkan keselamatan makanan & halal di dalam ekosistem pengeluaran produk makanan syarikat.
Halal Competency Training ini juga mesti di hadiri oleh Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman sekurang-kurangnya 3 tahun sekali atau seperti yang dinyatakan di dalam Manual Halal Assurance System (HAS) syarikat. Kursus ini hanya boleh di anjurkan oleh penyedia latihan halal yang di iktiraf sahaja.
Halal Executive Training
Latihan eksekutif halal memberi tumpuan kepada aspek strategik mengurus pematuhan halal dalam sesebuah organisasi. Ia merangkumi topik seperti membangunkan rangka kerja pengurusan halal, menyepadukan prinsip halal ke dalam strategi perniagaan, dan menyelaraskan objektif halal dengan matlamat organisasi.
Aspek latihan ini memberikan pandangan tentang landskap kawal selia dan rangka kerja undang-undang yang mengawal pensijilan dan pematuhan halal. Ia meliputi keperluan khusus badan pensijilan halal, termasuk dokumentasi, audit dan pemeriksaan. Peserta mempelajari tentang peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak berkuasa kawal selia dan mendapat pengetahuan tentang undang-undang dan peraturan berkaitan halal dalam industri masing-masing.
Kursus Halal Eksekutif ini hanya perlu di hadiri oleh kakitangan syarikat yang memerlukan pembangunan HAS dan hanya perlu satu (1) orang sahaja yang di iktiraf sebagai Eksekutif Halal.
Ia biasanya mengambil tempoh 10 hari untuk menyempurnakan latihan ini. Hati-hati sekiranya ada penyedia latihan halal yang memperomosi latihan eksekutif halal yang tempoh latihannya 1-2 hari kerana ia ternyata tidak di iktiraf Halal Professional Board (HPB).
Certified Internal Halal Auditing Course
Kursus latihan ini khas kepada syarikat-syarikat yang di wajibkan membangunkan HAS di mana keperluan baharu mewajibkan untuk menjalankan audit dalaman sekurang-kurangnya satu (1) kali setahund dan mesti di laksanakan oleh Juruaudit Halal Dalaman yang mempunyai sijil Internal Halal Audit yang di iktraf oleh HPB.
Latihan Pilihan (Optional)
Antara latihan yang boleh di hadiri adalah:
Latihan Pembangunan Sistem Jaminan Halal (HAS)
Latihan ini memfokuskan kepada syarikat yang memerlukan pembangunan Halal Assurance System Manual (HAS) seperti hotel, syarikat berskala sederhana dan besar. Latihan ini di berikan kepada Ahli Jawatankuasa Halal syarikat (IHC) selama tempoh 1-2 hari bergantung kepada penyedia latihan yang di pilih. Tujuan latihan ini adalah supaya Team IHC benar-benar memahami apa yang erkandung di dalam manual dan segala proses dan prosedur halal adalah seperti apa yang di amalkan di syarikat.
Dengan ini, proses sepanjang pensijilan halal akan menjadi lancar samada di audit oleh pegawai audit berautoriti atau semam membuat permohonan pembaharuan halal, semuanya menjadi lancar. Ini akan meletakkan syarikat di dalam kategori “Fast-Track” oleh JAKIM kerana mengamalkan Halal Good Practice.
Latihan Pelaksanaan Audit Dalaman Halal (Implementation of Halal Internal Audit Training)
Latihan ini memfokus kepada ahli IHC di mana tujuannya untuk melatih IHC untuk melaksanakan audit halal dalaman yang merupakan satu aktiviti yang wajib seperti yang dinyatakan di dalam MPPHM 2020 sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali. Ia tidak sama dengan kursus Internal Halal Audit training yang memakan masa 100 jam, kursus ini hanyalah berdurasi 1 Hari.
Latihan Pensijilan Halal
Program-program ini memberi pengetahuan yang mendalam tentang proses pensijilan halal dan keperluan yang ditetapkan oleh badan pensijilan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi peringkat negeri yang lain. Ia merangkumi topik seperti prosedur permohonan pensijilan halal, keperluan dokumentasi, audit, pemeriksaan dan peranan badan pensijilan. Latihan pensijilan halal bermanfaat untuk individu yang terlibat dalam kawalan kualiti, pematuhan, pengauditan, dan mereka yang mencari pensijilan halal untuk produk atau perkhidmatan mereka.
Logistik Halal dan Latihan Rantaian Bekalan
Latihan ini memberi tumpuan kepada aspek logistik dan rantaian bekalan pematuhan halal. Ia merangkumi topik seperti garis panduan pengangkutan halal, penyimpanan dan pengendalian produk halal, kebolehkesanan halal dan pengurusan risiko halal. Latihan logistik dan rantaian bekalan halal sesuai untuk profesional logistik, pengendali gudang, dan mereka yang terlibat dalam pengangkutan dan pengedaran produk halal.
Latihan Hospitaliti dan Pelancongan Halal
Latihan ini memenuhi industri hospitaliti dan pelancongan, di mana pematuhan halal adalah penting untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim. Ia merangkumi topik seperti penginapan mesra halal, perkhidmatan makan halal, amalan pelancongan halal dan sensitiviti budaya. Latihan hospitaliti dan pelancongan halal adalah relevan untuk kakitangan hotel, pengendali pelancongan, ejen pelancongan, dan individu yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Latihan Farmaseutikal dan Kosmetik Halal
Program latihan ini memberi tumpuan kepada keperluan khusus untuk pensijilan halal dalam industri farmaseutikal dan kosmetik. Ia merangkumi topik seperti pematuhan bahan halal, amalan pembuatan halal, pelabelan produk dan keperluan kawal selia. Latihan farmaseutikal dan kosmetik halal bermanfaat untuk profesional dalam sektor farmaseutikal dan kosmetik, termasuk pengilang, penyelidik dan kakitangan kawalan kualiti.
Ini hanyalah beberapa contoh jenis program latihan yang berkaitan dengan halal yang terdapat di Malaysia. Kandungan dan tempoh program latihan mungkin berbeza-beza bergantung pada penyedia latihan, khalayak sasaran dan fokus industri tertentu. Adalah disyorkan untuk menyelidik dan memilih program latihan yang selaras dengan keperluan dan matlamat khusus anda dalam industri halal.
Penyedia Latihan Halal Di Iktiraf
Di Malaysia, ada 2 penyedia latihan halal yang di iktiraf iaitu:
- Halal Professional Board (HPB)
- Malaysia International Halal Academy (MIHA)
Syarikat yang menjalankan aktiviti pembangunan kapasiti halal seperti latihan, bimbingan dan perundingan bagi pensijilan halal di Malaysia mahupun di luar negara adalah mesti di iktiraf di bawah kedua organisasi tersebut.
Adakah ini menjawab pertanyaan anda? – Baca tulisan kami yang lain di blog.