Logo Halal Luar Negara Yang Boleh Di Pakai

Estimated reading time: 4 minutes

Di Malaysia, hanya 1 logo halal sahaja yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Akan tetapi di peringkat global, terdapat ratusan logo halal luar negara yang muncul sejak tahun 2000.

Ini adalah disebabkan oleh peningkatan drastik tahap kesedaran pengguna terhadap kepentingan logo halal pada produk kerana banyak produk di pasaran sebenarnya banyak bercampur dengan bahan ramuan yang haram.

Kerana peningkatan kesedaran ini, permintaan terhadap produk makanan yang mempunyai label halal semakin tinggi. Ini secara tidak langsung menarik perhatian peniaga yang mencari peluang untuk membuat keuntungan denagn mengeluarkan / “Endorse” produk dengan pelabelan halal sendiri.

Ini juga ada kebaikannya kerana akan merancakkan keterlibatan industri pengeluar produk makanan ke arah pensijilan halal kerana kesedaran industri akan kepentingan dan manfaat sijil halal kepada bisnes mereka.

Piawaian / Standard Halal Malaysia

Negara Malaysia diberikan tanggungjawab untuk membangun piawaian atau standard halal sekitar tahun 1990-an kerana kedudukan Malaysia sebagai negara islam dan negara maju.

Dalam konteks pensijilan halal hari ini di Malaysia berlangsung selama lebih 40 tahun. Ia bermula pada 1971 dengan mengambil kira cadangan dalam MKI dan Akta Perihal Dagangan 1972. Pada awalnya, Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) atau Majlis Agama Islam Negeri (Main) dan Bahagian Hal Ehwal Islam (Bahies) JPM hanya mengeluarkan sekeping surat rasmi menyatakan pengesahan halal.

Pengesahan ini tertumpu kepada makanan dijual di restoran dan haiwan sembelihan dijual di pasar terbuka dengan dua perkataan yang terkenal “Ditanggung Halal” yang bermaksu pengguna islam tidak perlu was-was menggunakan produk yang di label halal oleh JAKIM.

Sejak dari itu, piawaian halal Malaysia mula diperkenalkan dengan MS1500: 2009 dan juga garis panduan Manual Permohonan Pensijilan Halal Malaysia yang telah melalui 3 fasa revisi iaitu:

  1. MPPHM 2004 – Garis panduan pertama di perkenalkan
  2. MPPHM 2014 – Garis panduan Semakan ketiga
  3. MPPHM (Domestik) 2020 – yang berkuatkuasa sepenuhnya pada Januari 2021

Standard halal yang dibangunkan oleh Malaysia ini di iktiraf oleh negara-negara maju di eropah termasuk Australia dan Jepun.

Di sebabkan itu, sistem pensijilan halal yang di bangunkan oleh JAKIM di ambil sebagai contoh untuk di aplikasi ke negara-negara lain. Halal Developement Corporation (HDC) menggalas tanggungjawab mempromosikan skim pensijilan halal Malaysia dan turut membantu negara-negara lain membangun sistem pensijilan halal.

Badan Pensijilan Halal Luar Negara

Mana-mana badan pensijilan luar negara (Certification Body) yang ingin di iktiraf oleh JAKIM hendaklan mematuhi garis panduan badan pensijilan yang telah di tetapkan oleh JAKIM. Pihak JAKIM juga secara berkala akan melawat dan audit badan pensijilan luar negara untuk memastikan mereka sentiasa mematuhi garis panduan dan piawaian yang di tetapkan.

Badan pensijilan halal ini akan mengeluarkan logo halal di luar negara. Antara faktor yang di ambil kira dalam pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara ialah:

Logo Halal Luar Negara Palsu

Terdapat ratusan logo halal luar negara palsu yang berlegar di pasaran malaysai mahupun di pasaran antarabangsa. Di Malaysia, penggunaan logo halal di kawal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 di mana tiada seorang pon boleh menggunakan logo halal selain daripada yang di gunakan oleh JAKIM dan denan keizinan JAKIM.

Tetapi tidak di luar negara.

Tiada kawalan kepada penggunaan logo halal dan badan pensijilan halal. Sesiapa sahaja boleh buka syarikat sendiri dan bertindak sebagai pengeluar logo halal.

Logo Halal Luar Negara Yang Di Iktiraf JAKIM

Sehingga kini pada tarikh disemak ( Julai 2022), jakim belum mengemaskini senarai badan pensijilan halal luar negara. Senarai yang terkini adalah masih Disember 2020. Ini bererti taida penambahan dan pengguguran Badan pensijilan halal luar negara.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 84 badan pensijilan luar negara dari 48 buah negara di seluruh dunia.

Download senarai logo halal luar negara.

Kesimpulan

Masyarakat sebagai pengguna dan industri juga perlu ambil tahu akan senarai logo halal luar negara yang di iktiraf oleh JAKIM dan yang terkini agar tidak terlepas menggunakan bahan ramuan yang syubhah atau paling teruk ialah haram.

JAKIM sebagai pengiktiraf badan pensijilan halal dengan ketat mengawal selia badan-badan yang telah di iktiraf agar sentiasa mengikuti garis panduan yang di berikan.

Logo halal luar negara ini akan kami terangkan dengan lebih terperinci di webinar Jom Mohon Halal yang akan di adakan di masa hadapan. Daftar sesi webinar Jom Mohon Halal hari ini!

Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Apa Komen Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Download eBook Percuma

Ebook Panduan Asas Halal 3d Mock