Non-Muslim Terajui Sijil Halal

Non-Muslim Terajui Sijil Halal – Kini 72 Peratus

Picture of Coach Abdul Fazmin
Coach Abdul Fazmin

The Halal Coach | Halal Consultant | Entrepreneur

Jurang pemilikan sijil halal usahawan muslim dan non-muslim semakin besar di Malaysia sedangkan yang sepatutnya syarikat yang lebih menyokong pensijilan halal adalah dari syarikat usahawan Islam atau bumiputera. Sungguhpun bermacam-macam geran pensijilan halal disediakan oleh kerajaan khas kepada bumiputera, namun tetap gagal menarik minat usahawan Islam mendapatkan pensijilan halal.
Isi Kandungan
    Add a header to begin generating the table of contents
    Scroll to Top

    Sijil Halal Malaysia mula diperkenalkan sejak tahun 1970-an lagi namun begitu ia mula serius apabila banyak isu-isu halal dalam industri pembuatan makanan dirungkai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Hanya pada tahun 2004, JAKIM mengeluarkan garis panduan permohonan halal yang pertama iaitu MPPHM 2004 yang kini telah dikemaskini menjadi MPPHM 2020.

    Jurang pemilikan sijil halal usahawan muslim dan non-muslim semakin besar di Malaysia sedangkan yang sepatutnya syarikat yang lebih menyokong pensijilan halal adalah dari syarikat usahawan Islam atau bumiputera. Sungguhpun bermacam-macam geran pensijilan halal disediakan oleh kerajaan khas kepada bumiputera, namun tetap gagal menarik minat usahawan Islam mendapatkan pensijilan halal.

    Umat Islam Dan Makanan Halal

    Halal merupakan satu kepentingan dan kewajipan yang besar bagi umat Islam kerana ia berkait dengan kepercayaan dan tauhid dalam mengamalkan prinsip dan amalam Islam dengan baik. Pemakanan halal merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan seorang Muslim. Umat Islam diperintahkan dalam agama Islam untuk mengambil makanan dan minuman yang halal serta menjauhi yang haram. Dengan mematuhi prinsip halal, umat Islam menunjukkan ketaatan dan ketaqwaan mereka terhadap perintah agama.

    Kepentingan halal juga berkaitan dengan identiti keagamaan umat Islam. Memilih makanan yang halal memperkuat ikatan spiritual dan kesedaran akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Hal ini membantu memelihara identiti keagamaan dan melestarikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sehari-hari.

    Konsep halal juga melibatkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan (Food Safety). Makanan halal harus disediakan dengan memenuhi piawaian kebersihan dan kualiti yang tinggi. Proses pengawasan dan pematuhan halal membantu dalam mengawal faktor-faktor seperti kebersihan, sanitasi, kualiti bahan mentah, dan pemprosesan makanan untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat dan berkualiti untuk di makan oleh pengguna.

    Halal tidak hanya melibatkan status pemakanan yang dibolehkan (Halal), tetapi juga menitikberatkan pada kesejahteraan kesihatan umat Islam. Pemakanan halal mendorong pemilihan makanan yang berkualiti, memenuhi keperluan nutrisi, dan bebas dari bahan-bahan yang meragukan atau berbahaya. Ini memberikan manfaat kepada kesihatan jangka panjang umat Islam dengan mendorong pemakanan yang seimbang dan berkualiti.

    Memilih makanan halal memberikan umat Islam kepastian dan keyakinan bahwa apa yang mereka makan sesuai dengan prinsip-prinsip agama dan syariah. Hal ini memberikan ketenangan pikiran dan membebaskan dari keraguan atau kerisauan mengenai status halal produk yang di makan.

    Kelebihan Sijil Halal Pada Bisnes

    Perniagaan yang memiliki sijil halal JAKIM mempunyai banyak kelebihan penting dan bagi usahawan, ini seharusnya menjadi elemen yang mesti ada pada bisnes yang berasaskan makanan halal.

    Dengan adanya sijil halal JAKIM, perniagaan dapat mengakses pasaran yang besar dan berkembang pesat dari pengguna beragama islam. Produk atau perkhidmatan yang diiktiraf halal oleh JAKIM memperoleh keyakinan dan kepercayaan dari pengguna masyarakat islam, yang akan meningkatkan peluang jualan dengan mengakses pasaran pengguna islam.

    Logo halal JAKIM memberikan keyakinan kepada pengguna Muslim bahawa produk atau perkhidmatan yang mereka beli mematuhi standard halal yang ditetapkan. Ini membantu membangun kepercayaan pelanggan, meningkatkan reputasi perniagaan, dan mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan yang prihatin tentang aspek halal.

    Memiliki pensijilan halal JAKIM menunjukkan komitmen perniagaan untuk mematuhi prinsip dan syarat-syarat undang-undang Islam dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan. Hal ini penting dari perspektif kepatuhan agama dan etika perniagaan, serta menjadikan perniagaan tersebut mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh badan pengawas halal.

    Pensijilan halal JAKIM memudahkan perniagaan untuk menjalin hubungan dengan rakan niaga dan menjaga rantaian makanan (Food supply chain) dalam rangka meningkatkan pasaran dan kolaborasi. Banyak rakan niaga dan pengeksport memilih untuk berurusan dengan perniagaan yang mempunyai pensijilan halal yang diiktiraf oleh badan terkemuka seperti JAKIM, yang membuka peluang untuk kerjasama perniagaan yang lebih luas.

    Proses pensijilan halal melibatkan pemeriksaan dan penilaian ketat terhadap pengeluaran, proses, dan amalan perniagaan. Dalam usaha untuk memenuhi syarat-syarat halal, perniagaan mungkin perlu meningkatkan kualiti produk dan proses pengeluaran mereka. Ini dapat membawa kepada peningkatan keseluruhan kualiti dan prestasi perniagaan juga memudahkan untuk memohon pensijilan lain seperti MeSTI, GMP dan HACCP.

    Statistik Pemohon Sijil Halal Malaysia

    Sijil Halal Tak Menarik Minat Usahawan Bumiputera

    Keterlibatan usahawan bumiputera terhadap pensijilan halal meningkat dengan kadar yang sangat sikit berbanding pemohon dari Non-Muslim walaupun majority usahawan bumiputera adalah agama Islam yang sepatutnya lebih memahami akan kepentingan halal, namum kadar permohonan dari tahun ke tahun tidak memberansangkan.

    Banyak bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan seperti Geran Pensijilan Halal oleh MARA, Jabatan Pertanian, SIRIM, TEKUN dan banyak lagi, namun ia gagal untuk menarik minat usahawan bumiputera untuk mendapatkan pensijilan halal. Antara faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan usawahan bumiputera memohon sijil halal adalah:

    Premis tidak sesuai – Kebanyakan usahawan bumiputera gagal menyediakan premis yang bersesuaian dengan piawaian keselamatan makanan dan halal. Untuk menaiktaraf, ia memerlukan kewangan yang banyak yang rata-ratanya tidak mampu bagi mereka untuk menampung.

    Kapasiti Kewangan – Pilihan untuk memohon sijil halal sendiri adalah bukan menjadi pilihan yang utama memandangkan proses permohonan halal yang kian rumit dan pilihan yang ada dan popular adalah dengan melantik Halal Consultant yang sememangnya memakan belanja yang banyak juga dan di luar kemampuan mereka. Namun untuk bahagian ini, geran ada diberikan oleh agensi kerajaan yang membiaya hampir keseluruhan yuran Halal Consultant. Oleh sebab itu, kos melantik consultant bukan lagi alasan.

    Memohon Sijil Halal Susah – Memang di akui bahawa dari tahun ke tahun JAKIM telah mengemaskini garis panduan permohonan halal dan juga menambah beberapa syarat baharu yang dahulunya tiada. Ini adalah langkah yang penting untuk menjaga kredibiliti dan juga piawaian setaraf piawaian antarabangsa. Kita tidak mahu pensijilan halal di perlekehkan sekiranya garispanduannya begitu mudah – akhirnya akan menjadi bahan bualan apabila didapati premis makanan yang kotor juga boleh di iktiraf halal dan ini sememangnya terjadi.

    Banyak bahan rujukan sekiranya pemohon hendak melakukan permohonan sendiri dengan belajar proses cara permohonan halal antaranya buku panduan Mohon Halal D.I.Y yang hanya perlu mengeluarkan modal RM190 sahaja, namun isi kandungannya dapat membantu pemohon untuk memulakan permohonan pensijilan Halal tanpa bantuan pihak ketiga.

    Kesimpulan

    Dalam kesimpulannya, kepentingan halal bagi umat Islam melibatkan pematuhan terhadap prinsip agama, kebersihan dan keselamatan, identiti keagamaan, kesejahteraan kesihatan, kepastian dan keyakinan, serta solidariti dan kesatuan umat. Pemilihan makanan halal memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan.

    Usahawan bumiputera khususnya harus celik mata mulai dari hari ini kerana usahawan Non-muslim lebih terbuka dalam mendapatkan pensijilan halal yang terbukti meningkatkan prestasi perniagaan mereka dengan peluang pasaran yang lebih luas tambahan lagi peluang export ke luar negara yang kian hari meningkat akan permintaan kepada produk makanan halal.

    Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

    Share This!
    Share This!
    Share This!
    Share This!

    Apa pandangan anda?

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Shopping Cart