Permohonan sijil Halal JAKIM adalah proses yang memastikan produk atau perkhidmatan mematuhi prinsip dan standard halal yang ditetapkan dalam undang-undang Islam. Sebelum permohonan halal dibuat, adalah lebih baik untuk menyiapkan diri dengan mengetahui sedikit tentang pensijilan halal ini.
Tujuan Pensijilan Halal:
Pensijilan halal oleh JAKIM bertujuan untuk memberikan jaminan kepada pengguna Muslim bahawa produk atau perkhidmatan yang diperoleh adalah halal dan memenuhi syarat-syarat undang-undang Islam. Pensijilan ini melibatkan pemeriksaan dan penilaian menyeluruh terhadap seluruh rantai bekalan, dari proses pengeluaran hingga pengedaran.
Standard Halal:
JAKIM mengikuti standard halal yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Halal Malaysia (MPHM), yang merangkumi garis panduan dan kriteria yang perlu dipatuhi oleh produk dan perkhidmatan untuk memperoleh sijil halal. Standard ini merangkumi aspek seperti bahan mentah, proses pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, dan penandaan halal. Dokumen rujukan antaranya adalah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM 2020), MS1500:2019, Malaysia Halal Management System (MHMS 2020) dll
Jenis Skim Sijil Halal:
JAKIM mengeluarkan beberapa jenis skim pensijilan halal, termasuk sijil halal untuk produk makanan, minuman, farmaseutikal, kosmetik dll. Sijil halal juga boleh dikeluarkan untuk perkhidmatan seperti restoran, hotel, dan perkhidmatan penghantaran makanan asalkan memenuhi syarat halal.
Pengiktirafan Antarabangsa:
Pensijilan halal oleh JAKIM diiktiraf secara antarabangsa dan menjadi rujukan bagi negara-negara lain dalam mengesahkan status halal produk dan perkhidmatan. Sijil halal JAKIM memberikan keyakinan kepada pengguna Muslim di luar Malaysia mengenai pematuhan halal produk yang diperoleh.
Pensijilan halal oleh JAKIM memiliki kepentingan yang besar dalam memastikan pematuhan halal produk dan perkhidmatan serta mempromosikan kepercayaan pengguna Muslim. Proses pensijilan yang teliti dan konsisten oleh JAKIM memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa produk atau perkhidmatan yang mereka beli mematuhi prinsip halal dalam agama Islam.
Prosedure Asas Permohonan
Prosedur permohonan sijil halal JAKIM melibatkan beberapa langkah, termasuk permohonan, penilaian dokumen, audit, dan pengeluaran sijil halal. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan menyediakan dokumen sokongan seperti senarai bahan-bahan, gambar rajah alir, sijil dari pembekal, dan dokumen lain yang relevan. Audit ke tapak pengeluaran juga mungkin dijalankan untuk memastikan pematuhan halal yang sebenar.
Berikut adalah langkah-langkah umum yang perlu diikuti dalam permohonan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Permohonan Halal Malaysia
- Mengisi Borang Permohonan
Mendaftar akaun MyeHalal syarikat dan lengkapkan borang maklumat asas sebelum mengisi di ruangan produk dan bahan ramuan. Pastikan semua butiran yang diminta diisi dengan betul dan lengkap.
- Menyediakan Dokumen Sokongan
Sertakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bersama dengan borang permohonan. Dokumen ini mungkin termasuk:
– Senarai bahan-bahan yang digunakan dalam produk atau perkhidmatan anda, termasuk butiran mengenai sumber-sumber bahan dan sijil halal bagi bahan-bahan yang diimport.
– Gambar rajah alir (flowchart) proses pengeluaran produk dari bahan mentah hingga ke endapan produk akhir.
– Sijil halal dari pembekal bagi bahan-bahan tertentu, jika berkenaan.
– Laporan analisis maklumat pemakanan atau spektrum DNA bagi produk makanan tertentu. (Sekiranya perlu)
– Dokumen sokongan lain yang relevan dengan skim pemohonan anda.
Senarai lengkap boleh di dapati di panduan ebook percuma. - Latihan Halal
Pastikan semua kakitangan menghadiri Kursus Kesedaran Halal atau Halal awareness training yang di anjurkan oleh penyedia latihan halal yang bertauliah. Ini adalah syarat baru yang di perkenalkan di dalam MPPHM 2020.
- Menghantar Permohonan
Hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan kepada JAKIM. Pastikan semua dokumen dikemukakan dalam bentuk fizikal dan di susun dengan baik mengikut format yang kemas. Hanya 5 hari bekerja sahaja tempoh yang di berikan selepas penghantaran permohonan sijil halal secara online dibuat atau permohonan di batalkan secara automatik. Ikuti panduan mohon halal DIY untuk prosedur dan tips penghantaran permohonan.
- Pembayaran Yuran
Lakukan pembayaran yuran permohonan sijil halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM. Pastikan pembayaran dilakukan mengikut kaedah yang ditetapkan yang diterima oleh JAKIM atau JAIN. Surat pembayaran hanya akan dikeluarkan setelah semua dokumen yang diminta memuaskan hati pihak pegawai semakan dokumen.
- Penilaian dan Audit
Selepas menerima permohonan, JAKIM akan menjalankan penilaian dokumen dan mungkin menjadualkan audit ke tempat pengeluaran produk atau perkhidmatan anda. Audit ini melibatkan pemeriksaan terperinci ke atas proses pengeluaran, penyimpanan, dan pengendalian produk bagi memastikan pematuhan halal.
- Keputusan dan Pengeluaran Sijil Halal
Setelah penilaian dan audit selesai, JAKIM akan menilai kepatuhan produk atau perkhidmatan anda terhadap standard halal yang ditetapkan. Jika pematuhan halal memuaskan hati pegawai audit, JAKIM akan meluluskan permohonan sijil halal mengeluarkan sijil halal yang sah bagi produk atau perkhidmatan anda untuk tempoh 2 tahun.
Permohonan Halal JAKIM Online
Semua permohonan sijil halal JAKIM adalah melalui sistem MyeHalal baik permohonan di dalam negeri atau di luar negara. Penggunaan sistem ini tidak lah begitu mesra atau “User-Friendly“. Oleh disebabkan itu kami mewujudkan panduan video khas (Halal Masterclass™️) untuk mereka yang ingin membuat permohonan halal sendiri tanpa bantuan dan bimbingan Halal Consultant.
Perlu diingat bahawa proses permohonan sijil halal mungkin mempunyai perbezaan besar dan prosedur tambahan bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan yang diajukan dan amalan semasa oleh JAKIM. Oleh itu, adalah penting untuk merujuk kepada panduan permohonan terkini dan berkomunikasi dengan JAKIM atau JAIN yang berkaitan untuk maklumat terperinci dan bantuan lanjut dalam permohonan sijil halal.