APA ITU WEBINAR JMH?
Webinar JMH adalah Seminar Jom Mohon Halal yang di jalankan secara Online / Atas Talian sepenuhnya.
Objektif daripada webinar ini adalah untuk memberi penerangan dan perjelaskan kepada usahawan seperti anda tentang kepentingan halal dan Skim Pensijilan Halal Malaysia secara khusus.
Di dalam program webinar ini, kami akan menyelesaikan 3 alasan utama usahawan kenapa tidak memohon pensijilan halal Malaysia iaitu:
Pensijilan Halal Susah
Pensijilan Halal Lambat
Pensijilan Halal Mahal
Dengan penerangan dan panduan ini, anda akan jelas tentang pensijilan halal dan akan bertindak membuat persiapan ke arah pensijilan Halal JAKIM.
Sepanjang 14 tahun pengalaman kami dalam industri ini sejak 2009, kami faham mengapa usahawan PKS seperti anda tidak dapat berkembang dan memperoleh pengiktirafan antarabangsa seperti halal dan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti MeSTI, GMP, HACCP & ISO.
Mematuhi garis panduan piawaian Halal & keselamatan makanan adalah bukan sesuatu yang mudah dan jarang sekali usahawan mempunyai latar belakang tersebut.
Di dalam pensijilan Halal Malaysia, elemen pengurusan halal sebenarnya cuma 30% dan sebahagian lainnya 70% adalah elemen keselamatan makanan.
Hasil data yang diperolehi, kami bangunkan modul latihan berimpak tinggi yang anda mudah faham dengan mengaplikasikan formula 3PDS™️.
Dengan pendekatan ini, anda mampu untuk menguruskan permohonan halal sendiri dengan mudah dan cepat.
Anda akan di bimbing oleh Coach yang berpengalaman sejak 2009 membimbing usahawan mendapatkan pensijilan halal Malaysia:
Webinar – Jom Mohon Halal
Skim halal premis makanan (Restoran) adalah antara yang mudah untuk memohon namun ramai pemilik restoran tidak tahu tentang ini dan tidak memohon pensijilan halal.
Begitu banyak produk makanan & minuman yang di hasilkan oleh usahawan PKS di Malaysia yang mempunyai potensi mendapatkan halal, tetapi permohonan sering tersangkut di tengah jalan.
Webinar ini akan bantu anda membuat permohonan dengan langkah yang betul.
Permintaan terhadap perkhidmatan katering Halal sangat banyak, tetapi sangat sedikit yang memohon pensijilan halal.
Dapatkan pensijilan halal untuk bisnes katering dan dapatkan bisnes lebih banyak.
Kiosk makanan juga berpotensi mendapatkan halal dengan mudah, sama seperti restoran.
Dapatkan pensijilan halal untuk rangkaian kiosk anda.
Persiapan pensijilan halal paling bagus adalah dari awal mula berniaga.
Usahawan Home-Based atau yang menyediakan makanan dari rumah mesti hadir webinar ini.
Tiba masa perniagaan ada kemampuan untuk menyewa premis perniagaan, segala susun-atur akan menjadi mudah dengan mengikuti standard halal.
Program webinar ini bukan seperti seminar halal yang anda pernah hadir. Kami akan “Straight-To-The-Point” terus apa keperluan dan step mohon halal supaya anda boleh mohon sendiri pensijilan halal.
01 Pasaran Halal
Apa, Kenapa & Bagaimana pasaran halal kini dan masa hadapan, Peningkatan permintaan terhadap produk halal merupakan peluang kepada perniagaan anda.
02 Syarat Halal
Kami share syarat umum & syarat khas (Ramai tak tahu) sebelum anda memulakan permohonan pensijilan halal, Dah lengkap baru mula mohon.
03 Proses Halal
Kami ceritakan proses yang terlibat dalam mendapatkan pensijilan halal supaya boleh rancang permohonan halal anda dengan mudah.
04 Formula
Dan kami akan dedahkan formula 3PDS™️ Sistem Pengurusan Halal yang kami gunakan kepada klien kami untuk melancarkan pengurusan halal.
05 eBook
Kami berikan 'ebook' (.pdf) kepada anda secara PERCUMA untuk memudahkan anda membuat catatan penting sepanjang tempoh webinar Jom Mohon Halal yang bernilai RM49.
"Saya amat berpuas hati dan pasti akan meneruskan program peringkat seterusnya apabila ada keperluan.."
"Sesi penerangan tadi amat membantu PKS seperti saya.."
Topik: Pensijilan Halal: Susah, Lambat & Mahal – Betul ke?
Pada 2018, kami menjalankan survey kepada seramai 1000 usahawan produk makanan. Rumusan dari seurvey tersebut dapat di simpulkan 3 alasan utama mengapa usahawan IKS tidak mendapatkan pensijilan halal adalah di sebabkan:
1) Pensijilan halal adalah susah untuk di mohon
2) Pensijilan halal adalah satu proses yang lambat
3) Pensijilan halal adalah mahal
Sesi webinar selama 2 jam ini, kami akan menghuraikan lebih lanjut kebenaran atau salah faham usahawan tentang pensijilan halal.
Topik: Halal atau MeSTI. Yang Mana dulu?
Pensijilan halal ddikeluarkan oleh JAKIM manakala pensijilan MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Persoalannya, adakah ia wajib, perlu atau tidak perlu?
Kalau perlu, yang mana mesti di beri keutamaan dahulu?
Topik: Sijil Halal: Mohon Atau Tidak?
Antara pertanyaan yang popular usahawan IKS ialah –
Webinar ini akan merungkai persoalan ini yang akan membincangkan situasi dan case study
1) Bila perlu mohon halal?
2) Bila tak perlu mohon halal?
3) Bila tak payah mohon halal?
4) Bila wajib mohon halal?
5) Bila tak boleh mohon halal
Topik: ‘Setup’ Premis untuk pensijilan halal.
Bukan semua premis layak untuk mendapatkan pensijilan halal. Salah pilih lokasi premis, boleh akibatkan rugi ribuan ringgit, sijil halal pon tidak boleh mohon.
Andai kata lokasi yang di pilih boleh memohon halal, ‘Setup’ dalaman premis belum tentu ikut garis panduan yang di tetapkan.
Daftar sekarang untuk info lanjut berkaitan ‘Setup’ premis untuk pensijilan halal.
Topik: Halal & Homebased : Road To Halal Certification
Kita semua sedia maklum bahawa bisnes yang beroperasi di rumah tidak boleh mendapatkan pensijilan halal pada masa ini. Walaupun ada Ura-ura yang mengatakan skim pensijilan halal “Homebased” akan di perkenalkan, akan tetapi kita tidak tahu bila ia boleh di mohon.
Akan tetapi, Bisnes adalah bisnes – Sifat bisnes adalah mesti bertumbuh.
Apabila bisnes homebased sudah mencapai sekian tahap, ia mesti keluar dan beroperasi di premis yang lebih besar dan memerlukan pengurusan yang lebih teratur dan professional kerana penambahan kakitangan, mesin dan sebagainya.
Sekiranya ini perancangan anda, maka pensijilan halal adalah penting untuk di masukkan bersama dalam perancangan anda.
Ada banyak persiapan yang perlu di lakukan oleh usahawan homebased ke arah pensijilan halal apabila berpindah ke premis komersial.
Topik: Syarat & Proses Pensijilan Halal
Ramai usahawan menyangka bahawa permohonan pensijilan halal itu semudah mengisi borang permohonan 2 helai dan tupp!.. dapat pensijilan halal.
Tidak semudah dan se-‘simple’ itu kawan.
Paling tidak sebelum memulakan permohonan pastikan, pastikan anda tahu:
+ Syarat Umum permohonan pensijilan halal
+ Syarat khusus permohonan pensijilan halal
+ Proses permohonan pensijilan halal
Sebagai perunding sejak 2009, kami dedahkan satu persatu syarat dan proses supaya anda mampu membuat permohonan halal.
Pensijilan halal adalah satu piawaian atau standard yang mengesahkan sesebuah produk halal untuk di gunakan atau di makanan oleh individu beragama Islam.
Sijil halal di Malaysia hanya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Webinar Jom Mohon Halal adalah program kesedaran halal yang di sampaikan secara online selama 2 jam. Topik merangkumi 6 topik penting + Tanya apa saja.
Tidak.
Permohonan pensijilan halal adalah di buat melalui bahagian hab halal.
Sekiranya ini merupakan pertanyaan anda, maka program webinar ini sangat bermanfaat kepada anda.
Anda di galakkan hadir.
Tidak. Kehadiran program ini tidak di wajibkan dalam permohonan pensijilan halal Malaysia.
Akan tetapi, ini akan sangat membantu anda dalam membuat permohonan pensijilan halal sendiri.
Ya, sudah tentu boleh.
Masyarakat awam juga penting untuk tahu tentang makanan halal.
Anda juga akan pelajari bagaimana untuk mengenalpasti sumber makanan yang di jamin halal dengan adanya sistem jaminan halal dari pensijilan Halal Malaysia.