Masterclass: Sijil Halal Atau MeSTI, Yang Mana Dulu?

(1 customer review)

Rakaman webinar berdurasi 2-Jam ini akan menjelaskan tentang:

  • Penjelasan tentang pensijilan halal & MeSTI
  • Penerangan keperluan pensijilan MeSTI
  • Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM)
  • Case study di Malaysia
  • Tips & Trick

RM19.00

Sale!

Sijil Halal Atau MeSTI, yang Mana Dulu?

 

Dah banyak usahawan produk makanan yang saya jumpa seperti anda pasti akan keliru dan tidak tahu yang mana dulu perlu di utamakan. Yang lebih parah pon ada, tak tahu langsung tentang pensijilan MeSTI.

Ini pandangan peribadi saya, sebenarnya tidak ada satu standard yang mengatakan yang mana dulu perlu diutamakan sebab ianya adalah bergantung kepada situasi atau keadaan bisnes anda tersebut.

Ia bergantung kepada banyak faktor seperti:

  • Apa tujuan anda nak mohon pensijilan tersebut? Ada yang WAJIB, ada yang optional.
  • FASA BISNES anda berada di mana?
  • Ada yang tak TAK PAYAH mohon, dan ada juga yang RUGI KALAU TAK MOHON.
  • Apakah DIRECTION anda tersebut terhadap bisnes yang anda sedang bangunkan?
  • Ada tak KAPASITI bsines tersebut untuk melaksanakan Sistem Halal & MeSTI?
  • MARKET atau PASARAN mana yang anda sedang sasarkan?

Ini semua soalan-soalan yang anda perlu tanya kepada diri anda sendiri sebelum anda bertindak kerana jangan terkejut, ada juga usahawan yang saya kenal lepas dapat sijil Halal dan MeSTI dia tanya saya:

Lepas dah dapat sijil Halal dan MeSTI ni apa patut saya buat?

Itu soalan yang sepatutnya tidak terkeluar dari seorang usahawan.. Betul kan?

Di dalam rakaman webinar ini, saya akan menjawab soalan-soalan di atas dan anda akan tahu apa tindakan yang hendak di buat berdasarkan fasa bisnes anda sekarang berdasarkan ‘Case study’ klien-klien yang pernah bekerjasama dengan saya.

Nota: Ini adalah rakaman webinar, bukan sesi Live.

1 review for Masterclass: Sijil Halal Atau MeSTI, Yang Mana Dulu?

  1. Mat ropi

    Bagus penjelasan penceramah ni. Sng nk paham. Kalau tanya pegawai kerajaan, pi mai pi mai tang tu juga jawabnya aku pon tak paham.

    • Jom Mohon Halal Team

      Terima kasih Tuan. Semoga bermanfaat! 👍👍👍

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart