'About'

Profile

Saya Coach Abdul Fazmin.

Saya & Team selesaikan masalah berkaitan pensijlan halal JAKIM.

Sejak 2009, secara kebetulan saya ‘Terpaksa’ membantu ayah saya di syarikat ini menguruskan ‘data entry‘ permohonan pensijilan halal.

Latar belakang saya adalah seorang Jurutera Elektrik & Elektronik. Saya hanya berkhidmat dengan kilang pembuatan alatan elektronik Jepun selama 2 tahun kemudian berhenti.

Sejujurnya, pekerjaan ini adalah bukan suatu perkara yang saya inginkan. Akan tetapi, disebabkan kegawatan ekonomi, saya tiada pilihan lain melainkan untuk bekerja dengan ayah saya yang memulakan jenama Al Barakah yang merupakan kesinambungan daripada program Islam hadhari yang di mulakan oleh Tun Abdullah Badawi.

Setelah 14 tahun, saya masih di sini. Berada di dalam industri halal tetapi bukan lagi terbawa dengan perasaan ‘Terpaksa”, tetapi di dorong oleh perasaan “Tanggungjawab”.

Saya mengetahui perkara-perkara yang sangat penting tentang masalah halal dalam pemakanan kita yang masyarakat masih belum sedar kerana masyarakat tidak pernah diberitahu dan tidak pernah ingin ambil tahu.

Atas dasar ini, PERJUANGAN halal mesti di teruskan dan Jom Mohon Halal adalah platform digital permulaan Halal profesional secara digital.

Kemampuan (dalam konteks halal):

Pensijilan sebenarnya sama sahaja seperti piawaian antarabangsa GMP dan HACCP. Ia adalah satu pengiktirafan yang bernilai tinggi.

Tapi usahawan masih keliru dengan menganggap halal ini hanya sekadar Babi & Arak. Jadi mereka beranggapan permohonan pensijilan halal ini semudah mengisi 2 helai borang dan hantar ke JAKIM.

Sign Abdul Fazmin (1) (1)
Coach Abdul Fazmin

Kelayakan & Kompetensi

Sungguhpun ini tidak memberi impak yang tinggi berbanding pengalaman lebih 10+ tahun ‘Turun Padang‘, namun ia sedikit sebanyak ‘melegakan jiwa’ pelanggan yang berurusan dengan kami.

Professional Certified Coach, PCC

Membimbing usahawan di dalam kategori Halal & keusahawanan.

Certified Halal Internal Auditor (HPB-JAKIM)

Di iktiraf sebagai Lead- Halal auditor halal oleh Halal Professional Board.

Certified Halal Executive (HPB-JAKIM)

Di iktiraf sebagai eksekutif halal oleh Halal Professional Board.

Certified Train The Trainer (TTT)

Tenaga pengajar bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan HRD Corp (PSMB)

Shopping Cart