Ramai pemohon sanggup membayar ribuan ringgit kepada perunding (Anggaran semasa RM5,000 ~ RM10,000) semata-mata kerana tidak tahu cara buat manual mesti sendiri. Hakikatnya, dengan panduan yang betul dan sedikit disiplin, anda boleh menyediakan Manual/Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang memenuhi piawaian KKM. Artikel ini membimbing anda langkah demi langkah, termasuk contoh manual mesti sebenar dan anggaran kos sijil mesti yang realistik.
Berapa Sebenarnya Kos Sijil MeSTI?
Sebelum masuk ke cara penyediaan manual, fahami dahulu pelaburan yang diperlukan. Ramai terkejut kerana hanya fokus pada yuran kerajaan, tetapi mengabaikan kos lain.
1. Yuran Rasmi Kepada KKM
Yuran pensijilan MeSTI adalah PERCUMA!
2. Kos Dalaman Yang Sering Terlepas Pandang
- Kos Latihan Wajib: Kursus Pengendali Makanan (RM 50/orang) bagi kesemua kakitangan yang terlibat secara langsung mahupunditak langsung dalam pemperosesan produk makanan.
- Kos Dokumen & Bahan: Percetakan, binding manual, fail, dan bahan bacaan rujukan (anggaran RM 100 – RM 300).
- Kos Masa Staf: Masa pekerja (termasuk anda) yang diluangkan untuk menyediakan manual, menyusun dokumen, dan mengurus permohonan. Ini adalah kos peluang yang perlu diambil kira.
3. Kos Perundingan (Pilihan – Berbaloi atau Tidak?)
- Kos Perunding Luar: Antara RM 5,000 hingga RM 10,000+ bergantung kepada kerumitan perniagaan, bilangan SKU produk, lokasi premis.
- Alternatif Jimat: Jika anda belajar cara buat manual mesti sendiri seperti panduan ini, anda boleh menjimatkan ribuan ringgit. Namun, untuk syarikat besar atau kompleks, perunding mungkin masih diperlukan.

4. Kos Penambahbaikan Premis (Yang Paling Besar)
Ini merupakan kos yang terbesar kerana susun atur (Layout) premis mesti mematuhi syarat dan garis panduan MeSTI. Kebanyakan premis tidak memenuhi kriteria dan perlu melaksanakan pengubahsuaian premis yang menelan belanja ribuan ringgit.
Bergantung kepada keadaan semasa premis anda. Ubah suai lantai, dinding, sistem perpaipan, atau beli peralatan baru boleh mencecah RM 5,000 hingga RM 50,000+. Lakukan audit dalaman seperti analisis jurang awal untuk anggaran dan penjimatan kos.
Rujuk artikel lengkap berkaitan kos pensijilan mesti.
Apa Itu Manual MeSTI (PJKM) dan Mengapa Ia Penting?
Definisi Manual MeSTI / Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM)
Manual MeSTI, atau nama lainnya mengikut Peraturan-preturan Kebersihan Makanan 2009 ialah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), adalah dokumen induk yang menerangkan secara bertulis bagaimana syarikat anda mengawal bahaya keselamatan makanan. Ia membuktikan kepada KKM selaku badan autoriti bahawa anda mempunyai sistem yang sistematik yang menjamin produk yang dikeluarkan oleh syarikat adalah selamat, bukan sekadar bergantung pada nasib.

Mengapa Manual Ini Penentu Lulus Gagal Audit?
- Bukti Pematuhan: Tanpa manual, tiada bukti anda tahu apa yang perlu dilakukan.
- Konsistensi Operasi: Memastikan semua pekerja (lama dan baru) mengikuti cara kerja yang sama.
- Asas Penambahbaikan: Dokumen hidup yang boleh dikemaskini apabila proses bertambah baik.
Cara Buat Manual MeSTI: 7 Langkah Mudah
- Langkah 1: Kumpulkan Pasukan & Tentukan Skop
+ Siapa yang terlibat? (Pengurus, penyelia, pekerja kanan).
+ Produk apa yang akan dimasukkan? Proses apa?
Contoh: “Pasukan PJKM untuk Kilang Kuih Raya Sdn Bhd terdiri dari En. Ahmad (Pengurus), Pn. Siti (Penyelia Pengeluaran), dan En. Rizal (Penyelia Kawalan Kualiti). Skop meliputi semua produk kuih kering dan proses dari penerimaan tepung hingga pembungkusan.” - Langkah 2: Dapatkan Komitmen Pengurusan Atasan
+ Dapatkan surat atau minit mesyuarat yang menunjukkan pihak pengurusan komited terhadap perlaksanaan PJKM. Ini dokumen wajib untuk membangunkan polisi syarikat.
- Langkah 3: Huraikan Produk & Kenalpasti Penggunaan
+ Untuk setiap produk, tulis spesifikasi: Nama, ramuan, bahan alahan, jangka hayat, cara simpanan, cara penggunaan, dan pengguna sasaran.
Contoh:
Nama Produk: Kuih Kapit Original
Ramuan: Tepung gandum, gula, santan, telur
Bahan Alahan: Gluten, telur
Jangka Hayat: 6 bulan dari tarikh pembuatan
Cara Simpanan: Tempat sejuk & kering
Pengguna Sasaran: Terus kepada pelanggan - Langkah 4: Bina Carta Alir Proses (Process Flow Chart)
+ Lukiskan langkah-langkah dari penerimaan bahan mentah hingga produk sampai ke pelanggan.
+ Gunakan simbol yang mudah (mula, proses, keputusan, tamat).
Contoh:
Penerimaan Bahan → Penyimpanan → Timbang & Campur → Masak/Bakar → Sejukkan → Bungkus → Simpan Produk Siap → Hantar. - Langkah 5: Kenalpasti Bahaya & Titik Kawalan Kritikal
+ Untuk setiap langkah dalam carta alir, tanyakan: Apa bahaya yang mungkin berlaku? (Fizikal: serpihan kaca; Kimia: sisa pencuci; Biologi: bakteria).
+ Tentukan Titik Kawalan Kritikal (CCP) – Langkah yang mesti dikawal untuk menghapuskan bahaya.
Contoh:
Langkah “Memasak” adalah CCP untuk membunuh bakteria. Suhu memasak minima 75°C mesti dicapai dan direkod. - Langkah 6: Tetapkan Had Kritikal & Prosedur Pemantauan
+ Untuk setiap CCP, tetapkan had yang mesti dipatuhi.
+ Tentukan siapa, bila, dan bagaimana ia akan dipantau. - Langkah 7: Sediakan Prosedur & Rekod Sokongan (SOP)
+ Ini adalah dokumen yang menerangkan bagaimana sesuatu kerja dilakukan.
Contoh SOP yang wajib ada:
– SOP Kawalan Pemperosesan Makanan
– SOP Pembersihan & Sanitasi
– SOP Kawalan Perosak
– SOP Latihan Kakitangan
– SOP Kebolehkesanan Produk (Traceability)
– SOP Penarikan Balik Produk (Recall)
Contoh (SOP Pembersihan):
Tulis: Bahan pencuci, kekerapan, cara membersih, siapa yang bertugas, dan bagaimana rekod disimpan.
Contoh Manual MeSTI (Dokumen Rujukan Manual MeSTI)
Menulis manual MeSTI atau manual PJKM merupakan sesuatu yang kompleks dan agak sukar bagi syarikat mikro untuk melaksanakannya. Disebabkan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif dengan menyediakan contoh-contoh yang boleh digunakan sebagai panduan untuk pemohon menulis manual sendiri sesuai dengan aktiviti pemperosesan yang di jalankan.
Contoh manual MeSTI bagi Pembuatan Ais, Pembuatan produk berasaskan Sos dan Produk makanan AM boleh di sediakan untuk rujukan sahaja dan bukannya untuk ditiru secara terus. Perlu di ingatkan tiada satu manual PJKM yang serupa kerana setiap perniagaan adalah berbeza dan unik.
Struktur Kandungan Manual MeSTI (Isi Kandungan)
Isi kandungan manual MeSTI yang di bangunkan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya perkara berikut:
- Seksyen 1: PROFIL SYARIKAT DAN POLISI PENGURUSAN KESELAMATAN MAKANAN
- Seksyen 2: BANGUNAN DAN KEMUDAHAN
- Seksyen 3: PENGENDALI MAKANAN
- Seksyen 4: LATIHAN
- Seksyen 5: PENYELENGGARAAN DAN SANITASI
- Seksyen 6: KAWALAN OPERASI
- Seksyen 7: KAWALAN PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN
- Seksyen 8: KAWALAN KEBOLEHKESANAN (TRACEABILITY)
Soalan Lazim (FAQ) Tentang Manual & Kos MeSTI
Tidak boleh. Manual mestilah spesifik untuk operasi anda – produk, proses, susun atur, dan risiko anda berbeza. Guna contoh sebagai panduan, bukan untuk disalin bulat-bulat.
Tiada syarat khusus, tetapi bergantung kepada kerumitan operasi. Biasanya antara 100 hingga 200+ muka surat termasuk lampiran.
Ya. Pemegang sijil MeSTI di galakkan untuk sentiasa membuat ‘Management Review‘ . Apabila ada perubahan produk, proses, peralatan, atau selepas audit, manual perlu dikaji semula dan dikemaskini.
Jika bajet mengizinkan dan operasi anda kompleks, perunding boleh menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan. Jika bajet terhad, ikuti panduan langkah demi langkah ini dan minta rakan niaga atau persatuan industri untuk semak. Anda juga boleh mengikut panduan lengkap pensijilan MeSTI yang kami sediakan untuk memudahkan lagi proses permohonan MeSTI anda. Ini akan jauh menjimatkan kos mendapatkan pensijilan MeSTI.
Tindakan Seterusnya: Mulakan Manual Anda Hari Ini
Anda kini mempunyai panduan lengkap mengenai cara buat manual mesti, lengkap dengan anggaran kos sijil mesti dan contoh manual mesti yang boleh dijadikan rujukan. Ingat, manual yang baik adalah manual yang digunakan, bukan tersimpan di rak.
Setelah manual siap, langkah seterusnya adalah melengkapkan semua dokumen diperlukan untuk permohonan MeSTI. Semak panduan lengkap dokumen kami untuk persediaan akhir sebelum masuk ke FOSIM.
Akhir kata, Pensijilan MeSTI adalah wajib dan ia bukannya satu pilihan di bawah Akta Makanan 1983 (Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009). Dapatkan sijil MeSTI sekarang dan elak di kompaun RM 10,000 dan penjara 2 Tahun.
Sila rujuk artikel utama kami untuk pensijilan MeSTI untuk gambaran menyeluruh SKim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).