Kos Mohon Sijil Halal

Kos Mohon Sijil Halal

Picture of Coach Abdul Fazmin
Coach Abdul Fazmin

The Halal Coach | Halal Consultant | Entrepreneur

Kos mohon sijil halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) adalah persoalan yang wajib kami di tanya setiap minggu. Banyak salah anggap pemohon tentang kos berkaitan permohonan pensijilan halal ini yang pada kami kebanyakannya tidak berasas.
Isi Kandungan
    Add a header to begin generating the table of contents
    Scroll to Top

    Kos mohon sijil halal ini sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz syarikat, jenis produk, dan kompleksiti pemprosesan halal. Walau bagaimanapun, artikel kali ini akan membincangkan dengan terperinci kos yang mungkin terlibat dalam proses permohonan sijil halal JAKIM.

    Kos Kaedah Mohon Sijil Halal JAKIM

    Pertama sekali yang anda perlu tentukan adalah bagaimana anda mohon sijil halal JAKIM? adakah anda akan membuat permohonan halal sendiri? atau dengan menggunakan khidmat Halal Coach? atau anda hendak orang lain menguruskan kesemua proses mohon sijil halal JAKIM kepada Halal Consultant?

    Pemilihan ini sudah tentu akan memberi impak yang besar kepada kos mohon sijil halal. Untuk membuat pertimbangan ini, saya sarankan anda baca dahulu Matriks penentuan pemilihan Halal Cosultant, Halal Coach atau mohon sendiri.

    Lazimnya, kos melantik Halal Consultant adalah dalam anggaran RM7,000 sehingga RM20,000. Bergantung kepada kerumitan, beban kerja dan sudah tentunya logistik Halal consultant yang dipengaruhi oleh jarak lokasi pemohon dengannya.

    Kos bagi coaching pula berdasarkan harga pasaran semasa adalah dalam lingkungn RM700/Bulan sehingga RM1,500/Bulan dengan kontrak yang kebiasaanya 6 Bulan atau boleh mencecah sehingga 12 Bulan.

    Kontrak Halal Consultant dan Halal Coach yang optimum adalah 6 bulan, kerana sekiranya ia melebihi dari tempoh tersebut ini bermakna perkhidmatan yang di tawarkan adalah tidak efisien atau boleh jadi juga pemohon tersebut memang tiada komitmen dalam proses mohon sijil halal.

    Sekiranya anda membuat keputusan untuk mohon sendiri sijil halal, makan tiada kos besar disini 🙂

    Kos Persediaan Premis Untuk Mohon Sijil Halal

    Ini merupakan kekangan #1 bagi perusahaan IKS melayu bumiputera kerana ketiadaan modal untuk menaiktaraf premis mengikut kesesuaian yang telah di tetapkan oleh garis panduan Halal MPPHM 2020. Ini adalah kerana kebanyakan usahawan IKS bumiputera mengharapkan bantuan geran kerajaan tetapi hampir tiada geran yang di khususkan untuk renovasi.

    Adalah sesuatu yang menyedihkan juga bagi usahawan IKS kita di Malaysia yang mempunyai mentaliti atau mindset mengharapkan geran sehinggakan menukar pintuk kedai yang menelan belanja bawah RM500 pun masih menharapkan geran!

    Persediaan premis ini adalah termasuk kos-kos renovasi premis supaya ia memenuhi kehendak dan keperluan:

    1) Keselamatan Makanan (Food Safety); dan
    2) Keselamatan halal (Elak dari pencemaran silang halal)

    Elemen-elemen yang yang perlu di patuhi antaranya adalah:

    • Lokasi tandas
    • Susun atur premis
    • Lantai
    • Dinding
    • Siling
    • Kelengkapan lain
    • Sinki

    Elemen lengkap ini ada di jelaskan dalam formula 3PDS™️ di bahagian PREMIS yang boleh di dapati di dalam ebook Digital Mohon Halal D.I.Y.

    Nota: Sekiranya anda tercari-cari idea untuk susun atur premis kilang makanan untuk mohon pensijilan halal dan MeSTI, anda boleh gunakan susun atur ‘I’, ‘L’ atau ‘U’.

    Kos penyediaan premis ini juga bergantung kepada keaadaan premis tersebut. Sekiranya banyak perkara yang perlu dibetulkan, maka banyak la kos yang akan terlibat. Kos-kos ini seharusnya dikira terlebih daulu sebelum membuat permohonan pensijilan halal.

    Banyak pemohon yang sangkut di tengah jalan kerana dalam proses permohonan banyak yang mereka perlu baik pulih untuk mendapatkan pensijilan halal. Apabila di semak kos menelan puluhan ribu, permohonan terhenti sementara. Lebih menyedihkan, bayaran kepada Halal Consultant atau Halal Coach telah diberi.

    Disebabkan itu, kami di sini menyarankan pemohon untuk mendapatkan khidmat Gap Analysis terlebih dahulu untuk melihat sejauh mana Gap atau jurang pemohon untuk mendapatkan pensijilan halal. Adakah banyak yang perlu di ubah atau hanya sedikit dan berapa pula kos yang perlu di keluarkan untuk baik pulih demi mendapatkan pensijilan halal.

    Sekiranya berminat untuk mengetahui lanjut berkaitan Gap Analysis, boleh hubungi team kami.

    Berapa kos penyediaan premis untuk mohon sijil halal? Buat kira-kira sendiri.

    Fi Mohon Sijil Halal JAKIM

    Fi yang di kenakan oleh badan pensijilan halal JAKIM adalah tersangat murah sebenarnya. Bagi permohonan kategori premis makanan (Cth: Restoran) adalah cuma RM200 sahaja manakala untuk produk makanan (cth: kilang tempe IKS) adalah cuma RM400 sahaja.

    Ini adalah sangat minima dalam keseluruhan kos mohon sijil halal JAKIM berbanding kos-kos lain yang terlibat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut fi yang di kenakan untuk mohon sijil halal berdasarkan saiz syarikat dan industri, sila semak di bahagian Fi Pensijilan – MPPHM 2020.

    Kos Latihan Berkaitan Halal

    Latihan adalah satu elemen yang penting dalam permohonan halal dan juga dalam menjaga sistem jaminan halal sesebuah syarikat. Latihan ini juga penting untuk menyelaraskan kesemua kakitangan syarikat dalam mematuhi syarat dan piawaian Halal dan juga keselamatan makanan.

    Pemohon sijil halal perlu tahu bahawa ada beberapa jenis latihan yang perlu di hadiri oleh kakitangan iaitu:

    Kursus Pengendalian Makanan

    Kursus pengendalian makanan atau juga di kenali sebagai Food Handler Course adalah kursus wajib di hadiri oleh pengendali makanan seperti yang di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Kursus Pengendalian Makanan ini hanya RM50 sahaja seorang dan perlu di hadiri oleh kakitangan selama 3 jam, hanya 1 kali seumur hidup. Pendaftaran kursus secara online boleh di lakukan dengan Al Barakah Training Solution yang merupakan syarikat #1 dalam Kursus Pengendalian Makanan.

    Kursus Kesedaran Halal

    Kursus Kesedaran Halal atau Halal Awareness Training merupakan latihan yang wajib di hadiri bagi pemohon baru pensijilan halal dan juga bagi pemegang pensijilan halal Malaysia sedia ada.

    Kursus ini wajib di hadiri oleh semua kakitangan syarikat paling kurang 3 tahun sekali. Tidak banyak syarikat yang menganjurkan latihan ini kerana JAKIM telah menyatakan hanya syarikat yang bertauliah sahaja di benarkan untuk menganjurkan Kursus ini.

    Oleh itu, pemohon perlu hati-hati memilih syarikat yang menyediakan kursus ini kerana terdapat banyak penipuan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab menyediakan kursus ini tetapi akhirnya tidak di iktiraf. Sijil yang dikeluarkan oleh mereka tidak boleh digunakan sebagai rujukan oleh pegawai semakan dokumen.

    Disebabkan itu, pemohon di galakkan mengambil dengan syarikat Al Barakah Training Solution yang sijilnyanya di perakui sah oleh JAKIM dan JAIN di seluruh Malaysia.

    Latihan Kompetensi Halal

    Kursus Kompetensi halal atau Halal Competency Training merupakan kursus yang di wajibkan bagi pemohon yang mempunyai Jawatnkuasa Halal Dalaman seperti hotel, restoran berangkai dan juga kilang-kilang bersaiz sederhana dan besar.

    Sama juga seperti Kursus Kesedaran Halal, ia juga mesti di hadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman minima 3 tahun sekali atau seperti yang di nyatakan di dalam Manual Halal Assurance System (HAS).

    Latihan ini juga ada di sediakan oleh Al Barakah Training Solution secara atas talian dan fizikal (In-House). Halal Competency training yang di anjurkan ini adalah 100% HRDCorp Claimable.

    Latihan Halal Assurance System (Optional)

    Halal Assurance System (HAS) atau sistem jaminan halal merupakan latihan kepada Ahli jawatankuasa dalaman halal untuk membangunkan manual Halal Assurance system bagi syarikat sendiri.

    Latihan ini adalah perlu bagi memastikan syarikat betul-betul manulis manual halal berdasarkan situasi syatikat itu sendiri dan bukan hanya Copy and Past dari syarikat lain yang pada akhirnya menyusahkan diri sendiri dan juga syarikat.

    Latihan Audit Halal Dalaman (Optional)

    Latihan ini adalah bertujuan untuk memastikan Ahlijawatankuasa Halal Dalaman memahami dan boleh melaksanakan sendiri audit dalaman setiap tahun seperti yang di nyatakan di dalam garis panduan halal yang terkini iaitu MPPHM 2020 dan juga MHMS 2020.

    Kos Audit Halal Dalaman

    Seperti yang di nayatakan sebelum ini, pihak pemohon halal perlu melaksanakan audit halal dalaman setiap tahun berdasarakan garis panduan yang terkini MPPHM 2020. Di sini, syarikat mempunyai 2 pilihan iaitu:

    1. Membuat audit halal dalaman sendiri yang di laksanakan oleh Eksekutif Halal; atau
    2. Melantik pihak auditor luar (external) bagi melaksanakan audit bagi pihak syarikat.

    Perlu diketahui bawaha audit ini hanya perlu di buat setahun selepas di iktiraf halal oleh JAKIM dan bukan sewaktu permohonan. Sekiranya memerlukan perkhidmatan Juru audit halal external, kami ada menyediakan perkhidmatan ini kerana team kami bertauliah (Oleh Halal Professional Board) untuk melaksanakan audit halal dalaman bagi pihak syarikat.

    Kos audit adalah berdasarkan saiz syarikat dan lokasi yang di anggarkan dalam RM1,500 ~ RM5,000.

    Kesimpulan

    Kos mohon sijil halal bergantung kepada faktor-faktor yang di nyatakan di atas namun tidak terhad hanya kepada itu. Ia juga mengambik kira faktor lain akan tetapi ia tidak besar. Kos yang di nyatakn di atas adalah antara kos-kos besar yang terlibat dalam permohonan pensijilan halal. Pemohon perlu membuat sendiri anggaran ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

    perlu di ketahui juga bahawa ada geran disediakan bagi usahawan IKS untuk menampung kos besar seperti yuran Halal Cosnultant akan tetapi proses ini agak lama dan berbulan sebelum permohonan geran di luluskan.

    Semoga bermanfaat!

    Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

    Share This!
    Share This!
    Share This!
    Share This!

    Apa pandangan anda?

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Shopping Cart