mohon sijil halal malaysia

Mohon Sijil Halal Malaysia – Semak 4 Faktor Penting Ini

Picture of Coach Abdul Fazmin
Coach Abdul Fazmin

The Halal Coach | Halal Consultant | Entrepreneur

Sekiranya ingin mohon sijil halal Malaysia dengan lancar dan mudah, perancangan yang teliti mesti di buat terlebih dahulu. Ilmu pengetahuan berkenaan halal dan skim pensijilan halal mesti di peroleh terlebih dahulu.
Isi Kandungan
    Add a header to begin generating the table of contents
    Scroll to Top

    Halal seperti mana yang di ketahui umum tidak sama dengan Skim pensijilan halal yang di perkenalkan oleh JAKIM. Halal yang di ketahui umum hanya sekadar “No Pork” dan “No Alkohol”.

    Pensijilan halal sebenarnya adalah lebih daripada itu untuk melindungi pengguna khusus beragama islam untuk mudah memilih. Oleh di sebabkan itu, perlu untuk semak 4 faktor penting ini sebelum mohon sijil halal Malaysia bagi pemilik bisnes makanan dan juga masyarakat islam.

    Usahawan di IKS di Malaysia mesti memahami tentang pensijilan halal ini kerana ia merupakan ‘Booster’ kepada perniagaan anda untuk memasuki lebih banyak pasaran. Baca posting kami berkaitan Kepentingan dan Manfaat Sijil Halal JAKIM kepada bisnes.

    “You Are What You Eat”

    Segala jenis aspek kehidupan dipertimbangkan dari segi manfaat dibolehkan hukumnya, sementara segala sesuatu yang  membawa kepada keburukan daripada membawa kebaikan maka Islam sangat melarangnya.

    Salah satu perkara yang di titik berat dalam islam adalah bersangkut paut dengan makanan. Makanan yang sihat,bersih dan berkhasiat memberi tenaga bagi manusia dan juga berfungsi dalam menjaga kesihatan seseorang.

    Dalam pepatah inggeris ada menyebutkan bahawa “You Are What You Eat” tersebut adalah benar dan sangat tepat.

    Ini adalah kerana makanan dapat mempengaruhi tubuh badan kita dan juga kesihatan seseorang dengan baik, secara fizik ataupun secara mental.

    Selain itu, dalam Islam seorang umat muslim atau manusia hanya diperbolehkan untuk mengambil makanan halal sahaja dan hendaklah orang muslim menjauhi makanan yang telah pun diharamkan oleh Allah S.W.T.

    Dalil makanan halal

    “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadanya.’’(QS.AL-MAIDAH AYAT 88).

    Allah S.W.T berfirman di dalam Al Quran dalam surah Al Maidah ayat 88 :

    Di dalam dalil di atas,telah menunjukkan bahawa memakan makanan halal merupakan hal yang sudah diperintahkan oleh Allah S.W.T dan wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam.

    Makanan yang halal tidak bermakna makanan yang suci dari najis dan selamat dari membawa keburukan sahaja.Perlu juga diketahui, makanan halal dapat dibahagikan dalam beberapa jenis.

    4 Faktor Penting Sebelum Mohon Sijil Halal Malaysia

    Jenis jenis makanan halal

    #1 Halal dari zatnya

    Perkara pertama yang harus kita ketahui dalam menentukan halal sesuatu makanan ialah dari segi zat nya ataupun bahan makanan tersebut.

    Contohnya makanan yang berasal daripada binatang ataupun tumbuhan yang tidak diharamkan oleh Allah S.W.T.

    Jika dalam makanan tersebut mengandungi zat atau bahan yang tidak halal,walaupun dalam kuantiti yang sedikit,maka status makanan tersebut adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam. 

    #2 Halal dari cara memasaknya atau mengendalikannya

    Menyembelih haiwan ternakan tanpa mengucapkan kalimah Bismillah dan Syahadah mestilah haram hukumnya. Dalam hal ini, sesuai dengan Al Quran dan surah Al Baqarah ayat 173 yang bermaksud :

    ‘Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging khinzir, dan haiwan yang ketika disembelih tidak menyebut nama Allah S.W.T.

    Tetapi barang siapa yang dalam keadaan terpaksa memakannya sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas maka tidak berdosa baginya. Sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun lagi maha penyayang.

    Maka, wajiblah bagi kita untuk selalu menyebut nama Allah S.W.T saat hendak menyembelih segala jenis haiwan yang diperbolehkan oleh Islam.

    Selain itu, kita juga perlu untuk memperhatikan makanan saat dimasak. Contohnya bila kita tinggal serumah dengan kawan kawan yang bukan non-muslim.Kita tidak tahu bahawa apa yang dimasaknya.

    Kemudian kita menggunakan peralatan yang sama yang digunakan oleh kawan non-muslim kita. Kita janganlah menggunakan atau mencampurkan peralatan yang sudah digunakan oleh kawan non-muslim kita untuk memasak makanan.

    Di sebabkan ini adalah susah untuk JAKIM mengeluarkan Skim Pensijilan Halal bagi makanan yang di jual dari rumah atau pun Home-Based.

    Pengetahuan tentang pengendalian makanan yang betul juga sangat penting agar makanan yang di hasilkan adalah selamat, bersih dan bebas dari sebarang pencemaran silang yang mengakibatkan makanan menjadi tidak halal.

    #3 Halal dari sumber dan cara mendapatkan makanan tersebut.

    Makanan yang baik akan mendatangkan manfaat yang baik. Ketika kita mengambil makanan halal ,pastinya juga akan memberikan ketenangan di dalam jiwa dan tubuh badan kita.

    Allah S.W.T  melarang hamba hambanya untuk berbuat hal buruk demi mendapatkan makanan.Maka setiap makanan yang dihasilkan oleh kegiatan mencuri, menipu, bertengkar, adalah haram hukumnya.

    Sesungguhnya, lebih baik kita menahan diri dan tetap melaksanakan perintah Allah S.W.T dengan memakan makanan halal yang beharga murah namun tetap berzat untuk mendapatkan berkat dan redha Allah S.W.T. di setiap suapan yang ada.

    #4 Halal dari sebarang kandungan najis atau pun kekotoran

    Tidak mengandungi najis dan kotoran bermaksud tidak tercampur dengan beberapa zat .

    Contohnya arak, darah, urin dan sebagainya. Dalam pemprosesan dan penyimpanan makanan halal harus diperhatikan kerana makanan halal tidak boleh bercampur dengan makanan haram atau zatnya ,biarpun hanya dalam jumlah sedikit.

    Di dalam bumi ,Allah S.W.T menghalalkan hampir seluruh tumbuhan kecuali tumbuhan yang beracun atau yang memburukkan umat manusia.

    Adalah sangat di sarankan pemohon yang benar-benar serius untuk memohon pensijilan halal mendapatkan perkhidmatan Halal Gap Analysis terlebih dahulu kerana ia dapat menjimatkan masa, duit dan memberikan maklumat yang tepat berkaitan perniagaan anda.

    Kesimpulan

    Kesimpulanya, kita mestilah sentiasa memilih makanan halal yang sudah tentu bersih,suci dan selamat untuk tubuh badan kita . Setelah 4 perkara asas ini di semak, maka langkah seterusnya adalah mohon sijil halal Malaysia.

    Langkah-langkah dan proses permohonan ringkas boleh di dapati di tulisan kami iaitu Cara Mohon Halal Dengan Betul Dan Mudah.

    Team kami secara berkala menganjurkan siri webinar khas yang akan menjelaskan lebih lanjut berkaitan topik halal termasuk proses permohonan, syarat umum dan khas, time-line permohonan, tips mempercepatkan permohonan dan formula pengurusan halal 3PDS.

    Berminat nak join dengan yuran serendah RM10 sahaja? Daftar hari ini!

    Penulis:

    Cik Anis Alwani (Halal Food Service)

    Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

    Share This!
    Share This!
    Share This!
    Share This!

    Apa pandangan anda?

    Shopping Cart