Cara Mohon Halal

Cara Mohon Halal Dengan Betul Dan Mudah

Picture of Coach Abdul Fazmin
Coach Abdul Fazmin

The Halal Coach | Halal Consultant | Entrepreneur

Mengetahui cara mohon halal yang betul akan memudahkan proses pensijilan halal secara menyeluruh.
Isi Kandungan
    Add a header to begin generating the table of contents
    Scroll to Top

    Bagaimana cara mohon halal yang betul dan berkesan untuk memastikan permohonan pensijilan halal dapat di luluskan dengan cepat?

    Pensijilan halal merupakan satu kemestian sekiranya produk merupakan dalam kategori makanan dan minuman.

    Namun masih banyak perniagaan yang mengendahkan akan kepentingan pensijilan halal Malaysia terutama usahawan IKS/PKS.

    Setiap hari kami dihujani dengan pertanyaan ‘cara mohon halal’ untuk perniagaan mereka daripada peserta yang menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.

    Akan tetapi soalan demi soalan yang kami ajukan untuk menapis kelayakan pensijilan halal, hanya 10% sahaja yang benar-benar tahu tentang pensijilan halal JAKIM.

    Post kali ini akan menjelaskan secara ringkas cara mohon halal yang mudah bagi yang tidak tahu apa-apa tentang pensijilan Halal JAKIM. Sebelum itu, anda boleh semak juga 4 faktor ini sebelum memulakan permohonan pensijilan halal JAKIM.

    Need english version article – Here you are, How To Get Halal Certificate.

    Memahami Apa Itu Halal

    Langkah pertama yang kami sarankan kepada usahawan makanan & minuman yang mempunyai perancangan untuk mendapatkan pensijilan halal adalah dengan memahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan halal dengan erti kata yang sebenarnya.

    Halal bukan sekadar “No Pork“, “No Lard” dan “No Alcohol“.

    Iya malahan lebih dari itu.

    Ini yang Team Halal kami akan tanya dahulu sekiranya ada yang whatsapp kepada kami pertanyaan seperti cara mohon halal untuk produk mereka.

    Skim pensijilan halal Malaysia yang di terajui oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) menekankan konsep Halal & Toyyib. Halal bermaksud yang dibenarkan manakala Toyyib pula membawa maksud “Baik” atau “Bagus“.

    Bererti produk makanan yang telah di persijilkan Halal oleh JAKIM akan dijamin produknya adalah Halal (Selamat dimakan oleh orang Islam) dan Toyyib ( Bersih dan selamat dari aspek Kebersihan & Keselamatan Makanan).

    Memahami Syarat Umum & Syarat Khas Memohon

    Perlu diketahui bahawa pensijilan halal Malaysia menawarkan sembilan (9) Skim pensijilan secara keseluruhannya (Kemaskini Julai 2021).

    1. Premis Makanan
    2. Produk
    3. Rumah Sembelihan
    4. OEM
    5. Bahan Gunaan
    6. Farmaseutikal
    7. Logistik
    8. Kosmetik
    9. Peranti Perubatan

    Pemohon mesti tahu permohonannya berada di bawah skim pensijilan yang mana kerana cara mohon halal untuk skim produk tidak sama dengan cara mohon halal skim premis makanan seperti restoran atau katering.

    Syarat umum bagi kesemua skim tidak banyak perbezaan. Contoh syarat umum pensijilan halal adalah seperti berikut:

    • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/Suruhanjaya Koperasi Malaysia/ lain-lain agensi kerajaan.
    • Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / surat akuan dari agensi kerajaan.
    • Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.
    • Mengeluar dan/atau mengendalikan produk halal sahaja.
    • Memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf. Untuk produk import, pastikan anda semak dengan sengan senarai logo halal luar negara yang di iktiraf oleh JAKIM.
    • Memohon semua jenis produk/menu yang dikeluarkan di kilang/premis berkenaan.
    • Permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut.
    • Memastikan pekerja mematuhi garis panduan Good Hygiene Practice (GHP) dengan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan, mendapatkan suntikan typhoid dan menjalani saringan kesihatan.

    Ini merupakan 30% sahaja dari syarat umum yang dikeluarkan oleh JAKIM. Untuk syarat yang lebih detail, anda boleh rujuk artikel yang telah di tulis dalam bahasa inggeris iaitu Halal Certificate – The Ultimate Guide.

    Sekiranya anda hanya mengikut syarat ini dan meneruskan permohonan, kebarangkalian yang sangat tinggi anda akan dapati permohonan anda akan sangkut di tengah jalan.

    Nak tahu mengapa?

    Kerana baru anda sedari masih banyak lagi keperluan-keperluan lain yang perlu dibuat semasa memohon pensijilan halal.

    Nak tahu dengan lengkap syarat umum pensijilan Halal Malaysia? Boleh Rujuk:

    1. Manual Prosedur Permohonan Halal Malaysia (MPPHM 2020)
    2. Download eBook Panduan Asas Pensijilan Halal Malaysia (FREE), atau;
    3. Dapatkan akses Mohon Halal D.I.Y
    Belajar Cara Mohon Halal

    Cara Mohon Halal Bersistem

    Ramai pemohon yang merungut proses pensijilan halal mengambil masa yang terlalu lama sehingga ada yang memakan waktu 2 tahun lamanya. Ini adalah kerana pemohon tidak membuat perancangan dengan betul.

    Pertama sekali yang sering kami sarankan kepada pemohon untuk mendapatkan pensijilan halal adalah dengan menyediakan bajet yang mencukupi untuk permohonan sijil halal kerana Kos ini terbahagi kepada beberapa kos yang besar. Kos mohon sijil halal ini boleh jadi antara sebab mengapa pemohon mengambil masa yang lama untuk permohonan halal.

    Ini bukan salah bahagian pengurusan Halal, tetapi ini salah pemohon yang tidak membuat persiapan yang betul dan membuat persediaan yang terlalu lama walaupun akaun MyEhalal telah diaktifkan.

    Cara mohon halal yang cepat adalah dengan membuat persiapan yang rapi sebelum membuat permohonan Halal.

    Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi dapat menjimatkan masa pekerja anda yang menguruskan pensijilan halal Malaysia.

    Apa yang perlu di sediakan?

    Secara amnya, pemohon perlu menyediakan premis, dokumen, sistem, kakitangan dan kesesuaian produk anda termasuk bahan mentah sebelum membuat permohonan halal.

    Kami formulasikan sistem pengurusan halal ini sebagai 3PDS™️ formula. Formula ini memudahkan proses permohonan halal, mengawal sistem halal dan memudahkan proses pembaharuan/renewal halal.

    Penerangan secara terperinci berkaitan penggunaan formula ini ada di jelaskan di dalam Halal Mastery Digital eBook – Mohon Halal D.I.Y yang hanya dengan 1 kali pembelian anda akan dapat akses selamanya termasuk update percuma.

    Memastikan Premis ‘SIAP’

    Premis samada restoran atau kilang makanan hendaklah di bina berdasarkan garis panduan yang telah di tetapkan oleh badan pensijilan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pensijilan MeSTI, GMP dan HACCP atau JAKIM bagi pensijilan Halal Malaysia. Adalah tanggungjawab pemohon untuk memastikan premis mereka di bangunkan dengan susun atur dan struktur bahan binaan yang bersesuaian dengan aktiviti pemperosesan.

    Susun atur pelan premis yang direka dengan baik memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan makanan. Ia membantu mencegah pencemaran silang dengan menyediakan kawasan berasingan untuk peringkat pemprosesan yang berbeza, seperti penerimaan, penyediaan, memasak dan pembungkusan. Pengasingan dan pengaliran bahan yang betul meminimumkan risiko pertumbuhan mikrob dan pencemaran, menjaga integriti dan keselamatan produk makanan.

    Susun atur yang baik dapat menggalakkan aliran kerja yang cekap dan meningkatkan produktiviti. Dengan menyusun ruangan kerja, peralatan dan kawasan penyimpanan secara strategik, pekerja boleh mengakses alatan dan bahan yang diperlukan dengan mudah, meminimumkan pergerakan dan kelewatan yang tidak perlu. Reka letak yang direka dengan baik memperkemas proses, mengurangkan kesesakan dan membolehkan penggunaan masa dan sumber yang cekap.

    Panduan susun atur kilang makanan yang kami tulis ini dapat di jadikan rujukan bagi usahawan IKS yang ingin mendapatkan pensijilan halal atau MeSTI.

    Menyediakan Fail Halal

    Fail halal merupakan kunci kepada pengurusan Sistem Jaminan Halal yang berkesan.

    Fail halal merangkumi semua aspek dan maklumat halal sesebuah organisasi termasuk Standard Operating Procedure (SOP), Halal Master List dan rekod-rekod lain yang berkaitan.

    Dengan mewujudkan fail halal yang bersistematik, pengurusan halal dalam sesebuah organisasi akan menjadi lebih mudah tidak kira kakitangan yang menguruskan halal bersilih-ganti, sistem halal tetap bejralan dan terjaga seperti biasa.

    Dengan wujudnya pengurusan yang baik, pegawai bahagian pengurusan halal akan meletakkan syarikat pemohon di bawah pemegang sijil halal yang baik kerana urus tadbir sistem halal yang di kawal dengan baik.

    Tahu Cara Mohon Halal Melalui MyeHalal

    Cara mohon halal adalah secara online/atas talian iaitu melalui sistem MyeHalal yang di bangunkan oleh pihak JAKIM, Bahagian Halal.

    Memandangkan ia sistem online, pengguna mesti mempunyai kebolehan menggunakan komputer.

    Sekiranya anda sebagai pemohon tidak mahir menggunakan komputer, adalah sangat kami sarankan untuk melantik pekerja anda (sekiranya ada) yang mahir berkomputer mengendalikan sistem MyeHalal ini.

    Untuk akses sistem MyEhalal dan membuka akaun, boleh terus ke pautan Sistem MyeHalal.

    Semua data produk, menu, bahan mentah yang di gunakan mesti di isytiharkan di dalam sistem ini.

    Pegawai pengurusan halal akan merujuk kepada sistem ini berdasarkan apa yang pemohon isytiharkan dan akan menyemak di premis pemohon berdasarkan apa yang di isytiharkan.

    Kegagalan pemohon mengisytiharkan dengan tepat adalah antara penyebab utama permohonan halal di tolak.

    Kesimpulan

    Cara mohon halal yang mudah dan betul bermula dengan kesedaran pemohon berkenaan pensijilan halal itu sendiri. Dan daripada kesedaran ini, pemohon akan berusaha mempelajari dengan lebih mendalam tentang pengurusan halal.

    Ini hanyalah sebahagian sahaja dari proses pensijilan halal yang melibatkan banyak faktor lagi. Sekiranya anda serius ingin belajar cara mohon pensijilan halal dengan lebih terperinci, luangkan masa bersama kami di sesi webinar Jom Mohoh Halal akan datang.

    Pensijilan halal merupakan alat pemasaran yang berkesan untuk melonjakkan jenama produk dan meluaskan pasaran produk anda secara domestik mahupun sehingga ke seluruh dunia.

    Ini adalah kerana penganut agama Islam adalah sebanyak billiun di seluruh pelosok dunia dan semua orang tahu, orang islam hanya makanan makanan yang halal.

    Anda nampak potensi pasaran halal?

    Apa pendapat anda? Tulis di ruangan komen.

    Share sekiranya anda rasakan ia bermanfaat!

    Share This!
    Share This!
    Share This!
    Share This!

    Apa pandangan anda?

    Shopping Cart